Wednesday, November 14, 2012

Permaidani by Aris Ariwatan



Rimbun dan redup kasihMu
Kau tempat ku berpayung
Di manakah lagi dapat ku rebahkan
Rasa gundah ini
Nun Kau teguh di sana
Pengasih dan penyayang
Pun ku masih terleka
Meneguk ihsanMu
Walau ku sedari
Oh... nyamannya
Bila dipelukan rinduMu
Mengimbaulah sentosa
Bentangkan ku permaidani
Dari baldu berwarna putih
Moga tak ku terasakan
Cubaan yang ku galas ini
Kepada Mu titianku
Hijrahkanlah diri ini

Assalamu'alaikum wbt..Allahummasolli'alasayyidinaMuhammad..entri kali ni saya ingin kongsikan antara lagu-lagu yang mempunyai bait-bait lirik indah dan mempunyai maksud tersirat. Saya percaya ramai yang suka mendengar lagu sebagai hiburan untuk menghilangkan tekanan. Namun kebanyakan dari kita hanya mendengar lagu tersebut tanpa menghayati sedalamnya maksud tersirat  disebalik lirik itu dan menyebabkan mesej sebenar tidak sampai dengan baik.
Merujuk lagu di atas, saya yakin ramai yang pernah dengar, termasuklah saya sendiri walaupun lagu permaidani dihasilkan pada awal 90-an iaitu lebih kurang pada tahun saya dilahirkan. Betul kata orang, sebuah lagu kalau betul-betul bagus memang boleh hidup lama. Segar dan boleh diterima generasi depan.
Pada awal kemunculannya, lagu permaidani memberikan satu fenomena baru kepada industri tanah air. Lagu ini berjaya memberi kelainan dan menarik minat pendengar kepada lagu pop berunsur ketuhanan. 
Perenggan 1:
Kita menyedari betapa tenang dan dalamnya sifat Maha Pengasih Allah kepada makhlukNya, maka seharusnya kita tidak mencari tempat atau makhluk lain untuk mencurahkan segala kegelisahan di hati melainkanNya. Kerana Dialah yang menciptakan kita dan Maha mengetahui segala rasa hati kita.
Perenggan 2:
Walaupun banyak kesalahan telah kita lakukan, tetapi seperti kita sedia maklum bahawa Dia tetap bersifat Maha Pengasih dan Penyayang terhadap kita. Buktinya? Allah Maha Pengampun dan penerima taubat. Pun begitu, fitrah manusia diciptakan sering terlalai dan terleka daripada mengingatiNya ("tidaklah manusia itu diciptakan selain untk beribadah" setiap saat pun kita boleh beribadah sebenarnya) waima dalam keadaan waras dan sedar.
Perenggan 3:
Nah! betapa bahagianya perasaan bila kita mendapat satu nikmat! Tetapi janganlah kita terus melupakan Si Pemberi Nikmat dan janganlah lupa untuk menjadi seorang hamba yang bersyukur. 
Perenggan 4:
Namun sebaliknya pula ketika mendapat musibah. Mulalah kita mengeluh dan ketika itu barulah kita ingat untuk mengadu dan meminta pertolongan dariNya. Tidak malukah??
Walaubagaimanapun, setiap suatu kejadian pasti ada hikmah disebaliknya. Sekiranya kita sedar akan kekhilafan yang telah dilakukan, bersegeralah bertaubat, kembali ke atas landasan keimanan dan ketaqwaan. Sesungguhnya hanya satu tempat pergantungan kita, selayaknya Dia. Semoga setiap dari kita sentiasa dibukakan jalan untuk menuju ke Jannatul Firdaus. Aminn.
NotaKaki : Interpretasi di sini hanyalah berdasarkan pemahaman saya sendiri, sekiranya kalian mempunyai interpretasi berbeza sudi-sudilah berkongsi di sini ye. =)
Semoga Allah Redha. 


No comments:

Post a Comment

 
Designed by Lena Graphics by Melany