Friday, November 2, 2012

Akhir Zaman

Bismillahirrahmanirrahim,,assalamualaikum, salam mahabbah, salam ukhuwah. Alhamdulillah bersyukurlah kita kerana masih lagi dilimpahi dengan nikmat nyawa, iman dan islam. Semoga kita sentiasa berada di dalam naunganNya insyaAllah,,

Jika kita menyebut tentang hari kiamat tentu ramai sudah mengetahuinya, tetapi persoalannya sejauh manakah pengetahuan kita perihal kiamat?? Jika kita mengatakan bahawa kita beriman dengan hari kiamat dan tahu kewujudannya,mengapa ramai yang masih berani melakukan maksiat dan khilaf? Tidakkah kita sedar bahawa kita sebenarnya umat akhir zaman di mana ketika fasa inilah kita akan bertemu petanda-petanda kiamat. Sejauh manakah pula kita mengetahui tentang petanda kiamat??

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:
“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda:
“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

Saya permudahkan tentang 10 tanda-tanda kiamat besar ini.

1. Asap yang akan keluar dan mengakibatkan penyakit seperti selesema di kalangan orang-orang yang beriman dan akan mematikan semua orang kafir.

2. Dajjal yang akan membawa fitnah besar yang akan meragut keimanan, hinggakan ramai orang yang akan terpedaya dengan seruannya.

3. Dabbah, binatang besar yang keluar berhampiran Bukit Shafa di Mekah yang akan bercakap bahawa manusia tidak beriman lagi kepada Allah swt.

4. Matahari akan terbit dari tempat tenggelamnya. Pada saat itu Allah swt. tidak lagi menerima iman orang kafir dan tidak menerima taubat daripada orang yang berdosa.

5. Turunnya kembali Nabi Isa a.s. Beliau akan mendukung pemerintahan Imam Mahdi yang berdaulat pada masa itu dan beliau akan mematahkan segala salib yang dibuat oleb orang-orang Kristian dan beliau juga yang akan membunuh Dajjal.

6. Keluarnya bangsa Ya’juj dan Ma’juj yang akan membuat kerosakan dipermukaan bumi ini, iaitu apabila mereka berjaya menghancurkan dinding yang dibuat dari besi bercampur tembaga yang telah didirikan oleh Zul Qarnain bersama dengan pembantu-pembantunya pada zaman dahulu. (Sudah lama mereka bebas, sila rujuk di sini => http://muhdhazrie.wordpress.com/2009/11/11/kajian-hadis-rasullulah-tentang-kiamat-yakjud-makjud-sudah-dilepaskan-1
7. Gempa bumi di Timur.

8. Gempa bumi di Barat.

9. Gempa bumi di Semenanjung Arab.

10. Api besar yang akan keluar dari Yaman.

Saya pasti ramai yang telah maklum dengan sebahagian besar dari 10 petanda ini, tetapi apa yang ingin saya kupaskan disini adalah mengenai 3 gempa bumi besar yang berlaku di Timur, Barat dan Semenanjung Arab, mari kita lihat satu-persatu,,

Pada pandangan saya gempa bumi di Barat telahpun berlaku iaitu di Port-au-Prince, Haiti. Menurut laporan sumber yang dipercayai bencana di Haiti yang berlaku pada tanggal 12 januari 2010 itu telah mengakibatkan 200 000 (dua ratus ribu) orang meninggal dunia dan 1.5 juta orang kehilangan tempat tinggal.apakah masih sedikit bilangan itu??

Selain itu gempa bumi di Timur juga telah terjadi, malah baru sahaja berlaku iaitu di Tokyo, Jepun pada 10 Mac 2011 yang lepas. Susulan dari gempa bumi yang bermagnitud 8.9 skala Ritcher itu menyebabkan gelombang tsunami setinggi 10 meter telah membinasakan bandar-bandar di persisiran pantai Tokyo. Setakat yang diketahui, sekurang-kurangnya 1000 orang telah kehilangan nyawa dalam bencana terburuk tahun 2011 ini.

TOKYO: Gempa bumi paling kuat dalam tempoh 140 tahun dengan ukuran 8.9 pada skala Richter, melanda timur laut Jepun semalam, mencetuskan gelombang tsunami sehingga setinggi 10 meter dan menyebabkan lebih 1,000 orang terbunuh. Agensi berita Kyodo melaporkan, gempa bumi menyebabkan kerosakan besar kawasan di utara Jepun, manakala gelombang tsunami memusnahkan hampir apa saja di laluannya termasuk ladang pertanian, bangunan, rumah, kapal, kenderaan dan menyebabkan kebakaran.

“Gempa menyebabkan banyak kecederaan, kebakaran dan gelombang besar memaksa beribu-ribu penduduk melarikan diri ke kawasan lebih tinggi untuk menyelamatkan diri,” lapor Kyodo.

Beberapa loji jana kuasa nuklear dan pusat penyulingan minyak ditutup manakala sebuah firma pengeluar besi utama terbakar. Kira-kira 4.4 juta rumah di bahagian utara Jepun terputus bekalan elektrik. Kyodo melaporkan, sebuah hotel di bandaraya Sendai runtuh, menimbulkan kebimbangan ramai penghuni mungkin terperangkap.

“Keadaan sungguh teruk dan saya ketakutan. Saya tidak pernah mengalami gempa bumi sekuat ini sejak 20 tahun lalu,” kata seorang pengurus sebuah restoran di Akasaka, Hidekatsu Hata, 36. Pengalaman beliau dikongsi koresponden Reuters di Tokyo Linda Sieg yang turut merasai gegaran kuat di pejabatnya.

“Bangunan pejabat kami bergegar kuat dan lama, menyebabkan ramai kakitangan mengambil topi keledar untuk melindungi kepala mereka, manakala yang lain bersembunyi di bawah meja,” katanya. Stesen televisyen NHK menyiarkan imej gelombang tsunami menghanyutkan sisa bangunan, kenderaan di kawasan pantai Sendai yang mempunyai sejuta penduduk manakala kapal yang biasanya berada di pantai, dilihat terdampar di pelabuhan.

Asap hitam dilihat berkepul ke udara dari sebuah bangunan di Odaiba di pinggir Tokyo ketika perkhidmatan kereta api laju Jepun ke utara, terpaksa dihentikan. Syarikat gergasi elektronik Jepun, Sony Corp, menghentikan operasi di enam kilangnya, ketika pesawat tentera udara dikejarkan ke pesisir pantai timur laut bagi meninjau tahap kerosakan yang berlaku.

Apakah kita semua tidak memerhatikan???

Setakat ini bencana besar di Pertanahan Arab masih lagi belum berlaku. Tetapi baru-baru nie ada sorg sahabat saya cerita,,sahabatnya yang sedang belajar di sebuah universiti di pertanahan arab mengatakan baru-baru nie ada berlaku sedikit gempa kecil berdekatan kawasan Greek,,mungkin Allah ingin memberi peringatan kecil kpada kita,,sama-samalah kita ambil iktibar insyaAllah,,

Allah telah berfirman :
Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda (kekuasaan) Kami di segenap ufuk dan pada diri mereka sendiri, sehingga jelaslah bagi mereka bahwa al-Quran itu benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup (bagi kamu) bahwa sesungguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu.
( Fussilat 41: 53)


sekian sama-samalah kita muhasabah diri insyaAllah,,

No comments:

Post a Comment

 
Designed by Lena Graphics by Melany