Friday, August 26, 2011

Pengalaman Beri'tikaf di MWPKL



MPWKL

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum salam bermujahadah di bulan tarbiyah buat sahabat wa sahabiah semua..

Awwalan, jom study roughly tentang i'tikaf ni.
I'tikaf dari segi bahasa bermaksud berdiam diri (tetap di atas sesuatu). Manakala dari sudut syari'ah agama pula bermaksud berdiam diri di masjid sebagai ibadah yang disunnahkan mengerjakan di setiap waktu dan diutamakan pada bulan suci Ramadhan, dan lebih dikhususkan pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.

Dalam hal ini Rasulullah saw. bersabda :
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال :كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان ، متفق عليه .

" Dari Ibnu Umar ra. ia berkata, Rasulullah saw. biasa beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال كان النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة أيام فلما كان العام الذي قبض فيه اعتكف عشرين يوما ـ رواه البخاري.

" Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata, Rasulullah SAW. biasa beri'tikaf pada tiap bulan Ramadhan sepuluh hari, dan tatkala pada tahun beliau meninggal dunia beliau telah beri'tikaf selama dua
puluh hari." (Hadis riwayat Bukhari)

Antara tujuan i'tikaf adalah :
1. Dalam rangka menghidupkan sunnah sebagai kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. dalam rangka pencapaian ketakwaan hamba.

2. Sebagai salah satu bentuk penghormatan kita dalam menyambut bulan suci Ramadhan yang penuh berkah dan rahmat dari Allah swt.

3. Menunggu saat-saat yang baik untuk turunnya Lailatul Qadar yang nilainya sama dengan ibadah seribu bulan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surat 97:3.

4. Membina rasa kesedaran imaniyah kepada Allah dan tawadhu' di hadapan-Nya, sebagai makhluk Allah yang lemah.

Antara hikmah i'tikaf pula adalah :
1. Mendidik jiwa lebih taat serta tunduk kepada Allah.

2. Seseorang yang tinggal di masjid lebih mudah untuk memerangi hawa nafsunya kerana masjid adalah tempat beribadah dan membersihkan jiwa.

3. Tempat dan masa yang baik untuk menjemput datangnya Lailatul Qadr.

4. I'tikaf adalah salah satu cara mengimarahkan masjid.

5. Salah satu cara menghormati bulan berkah.

Hopefully antum semua dah faham serba sedikit tentang i'tikaf. Sekarang saya ingin kongsikan pengalaman sendiri beri'tikaf di masjid.

Mulanya saya dapat pm (private message) dari seorang sahabat merangkap senior di msu, Fasihah namanya (I call her Kak Seha ^^). Kak Seha ajak saya beri'tikaf di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Memang dah lama saya bercita-cita nak beri'tikaf alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat. Program I'tikaf ni anjuran kerjasama ISMA Shah Alam dan ISMA Gombak. ISMA stand for Ikatan Muslimin Malaysia. Tentatif programnya ringkas sahaja sebab fokus utama adalah I'TIKAF. Antara tentatifnya termasuklah qiamullail yang diimamkan oleh imam Sheikh Solah dari Mesir, kuliah subuh, kuliah dhuha dan slot Palestin bersempena dengan sambutan Hari AlQuds Sedunia anjuran ISMA-Aman Palestin.

Sebenarnya overall tentatifnya dan start program pukul berapa kami kurang pasti time tu sebab last minute baru tahu tapi tak kisah la, asalkan dapat pergi persiapan pun agak kelam kabut =p tapi alhamdulillah rasanya kelengkapan semuanya cukup ^^. Pada mulanya plan nak bertolak pagi sabtu naik public transport tapi dah ada orang nak tolong hantarkan naik kereta redah je la, sahabat tu plan nak pergi malam tu jugak after terawih so sebagai penumpang percuma terpaksalah redah jugak malam tu.

Banyak betul dugaan kami dalam perjalanan dan ketika beri'tikaf. Dugaan pertama seperti yang saya ceritakan di atas tadi tentang transport untuk ke MPWKL. Both of us don't own any car plus last minute punya planning. Kalau ikutkan macam tak akan kesampaian pun hasrat nak beri'tikaf sebab public transport agak banyak guna duit n agak bahaya sebab kami hanya berdua. Then kak Seha cakap ada seorang sahabat boleh tolong, destinasinya juga ke MPWKL, alhamdulillah sampai kami di sana dengan selamat =). Kami sampai dalam pukul 11 lebih, terawih di MPWKL baru sahaja selesai. Dalam hati sangat teruja sampaikan terlupa kami tiada kenalan di situ walaupun ramai jemaahnya. As kami tak kenal sesiapa pun kat situ so masing-masing contact kenalan ISMA yang lain. Alhamdulillah ramai yang membantu rupa-rupanya tak ramai ahli ISMA yang hadirkan diri sebab masing-masing beri'tikaf di masjid lain. Kami difahamkan kebanyakan ahli ISMA yang lain akan mula menghadirkan diri pada keesokan hari. Banyak NGO lain yang buat program i'tikaf di MPWKL antaranya IKRAM, CIMB, ETIQA dan lain-lain so tak lah risau sangat.

Keesokan harinya (sabtu - 21 Ramadhan) kami bangun pukul 3.15 mulanya ingatkan qiam start pukul 3.30 rupanya qiam start pukul 3 kami agak terlambat sedikit. Imamnya untuk malam 21 adalah Imam MPW sendiri kalau tak silap. Subhanallah syahdu sungguh bacaannya sangat tersentuh. Kami mulakan dengan solat sunat hajat 2 rakaat, solat sunat tahajud 2 rakaat, solat sunat tasbih dan diakhiri dengan sunat witir. Kemudian kami bersahur, sekali lagi kami diuji. Disebabkan program ISMA sepatutnya bermula esok so sahur kami tidak disediakan nasib baik kami bawa bekal sedikit. Malangnya saya hanya bawa wafer zip sebungkus dan Kak Seha hanya bawa satu 3 in 1 n satu cawan huhu. Habis satu masjid kami tawaf mencari water cooler/heater, lepas 15 minit jumpa lah satu mesin tapi malangnya tak berfungsi =.=' then tawaf lagi lastly alhamdulillah jumpa mesin air tin yang masuk duit tu (nasib baik berfungsi =p). NGO2 lain masing2 ada sediakan sahur untuk ahli masing2, MPW pun sebenarnya ada sediakan untuk jemaah tapi kami dah terkeliru yang mana satu masjid punya. So kami hanya bersahur ala kadar (biskut zip + air tin) tapi tetap bersyukur dengan rezeki kami, at least ada juga makanan sahur kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Palestin dan tempat-tempat lain. Then kami meneruskan solat subuh dan seusai solat ada kuliah subuh. Kemudian masing-masing melakukan rutin sendiri. Kebanyakannya bertadarus termasuklah kami.

Selepas zohor tandas muslimat rosak tersumbat (nasib baik dah siap mandi awal-awal pagi). Time tu dah jumpa akhawat ISMA yang lain, ada seorang akhawat dari UITM yang datang bersama ayah dan adik lelaki, menjadi teman kami sehingga ke akhir program namanya kak Sumayyah. Dalam pukul 3 lebih kak Sumayyah ajak kami pusing2 satu masjid tu sebab kak Sumayyah pun baru sampai. Sambil-sambil tawaf masjid buat kali yang kedua tu, kami cari tandas kat bahagian lain. Alhamdulillah jumpa (tapi) xdak ayak la plak =.= alang-alang asar dah nak masuk kami redah je tandas muslimin =p. Nasib baik time tu tandas kosong plus asar belum masuk, so kami ambil kesempatan tersebut untuk 'memonopoli sebentar' tandas muslimin =p Kami bergilir2 menjadi 'guard' sementara =p Kami plan nak cari lagi tandas muslimat kat bahagian lain lepas terawih sebab takkan lah nak monopoli tandas muslimin je terus kan.

Lepas asar, slot Palestin bermula di dewan serbaguna MPW. Slot ni pun salah satu sebab utama saya memilih untuk beri'tikaf di MPW. Program ini adalah program anjuran bersama ISMA dan Aman Palestin bersempena dengan Sambutan Hari AlQuds Sedunia ke 42 yang diraikan pada tanggal 21 Ogos setiap tahun. Tarikh ini dipilih sempena mengingati sejarah pembakaran Masjid al Aqsa yang berlaku pada 21 Ogos 1969. Tajuk slot ini adalah 'Almasjed Alaqsa Our Role and Responsibility' yang disampaikan oleh Dr. 'Ala (wakil Palestinian).

Seusai slot Palestin berakhir, kami berbuka bersama, menu yang disediakan adalah kurma, air kotak dan nasi arab, alhamdulillah rezeki kami. Terawih dan qiam malam ke 22 kami diimamkan oleh Imam Sheikh Solah dari Mesir. Qiam kali ini kami bangun awal (ambil iktibar =p). Lepas subuh kami teruskan tadarus. Kemudian kami pusing2 lagi melihat keindahan MPW sambil snap2 gambar kenangan (maaf yang ni tak boleh nak kongsi ya ^^) Jam 9.30 slot kuliah dhuha pula bermula. Slot kali ni juga mengenai AlQuds bertajuk 'Palestin-Baitul Maqdis-Aqsa -Tanggungjawab Kita' yang disampaikan oleh Dr. Roslan (pakar yang aktif mengkaji tentang BaitulMaqdis dari UM).

Slot Dhuha berakhir lebih kurang jam 11.30. Jam 12.00 kami bertolak pulang ke apartment kembali. Alhamdulillah sampai dengan selamat =)

Haa lupa pulak, sangat tak sangka dapat bertemu dengan ex-classmate time form 5 dulu ^^. Namanya Tahmida, Tahmida datang sebab sahabat dia time PASUM yang ajak ke MPW slot Gaza anjuran IKRAM. Sempat sembang sekejap je sebab masing-masing busy plus dia dah nak balik time tu, takpelah next time inshaAllah boleh jumpa lagi =)

Apa yang dapat saya rumuskan di sini, saya sangat gembira dan beryukur kerana tercapai hasrat untuk beri'tikaf. InshaAllah next time, jika masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya, saya ingin beri'tikaf lagi. Sahabat2 semua doakan ya, Semoga kita semua dapat bertemu lagi Ramadhan yang seterusnya =)

Tuesday, August 16, 2011

MENGAPA KITA PERLU MEMBACA AL-QURAN SEDANGKAN TIDAK MEMAHAMI ::



Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka dalam membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris.
Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sepenuhnya apa yang di baca?.

Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya.
Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.
‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’

Saturday, August 13, 2011

Kisah si Kusta, si Botak dan si Buta



Dipetik dari hadis Bukhari dan Muslim, mengenai kisah 3 orang dari keturunan bani Israil yang sedang diuji oleh Allah.


Diriwayatkan dari Abu Hurairah RA bahawa ia mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sesungguhnya ada 3 orang dari kalangan Bani Israil iaitu; seorang penderita penyakit kusta, seorang berkepala botak dan seorang yang buta matanya. Kemudian Allah SAW ingin menguji mereka, maka diutuskan malaikat yang menjelma sebagai seorang manusia.


Maka datanglah malaikat itu kepada orang yang pertama yakni si kusta, Malaikat bertanya, "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" jawabnya, "Rupa yang bagus, kulit yang indah, dan penyakit yang menjijikkan banyakan orang ini hilang dariku." Maka diusaplah orang tersebut lalu hilanglah penyakit itu, serta diberilah ia rupa yang bagus dan kulit yang indah. Kemudian malaikat bertanya lagi, "Lalu kekayaan apa yang paling kamu senangi?" si kusta lalu menjawab "Unta atau sapi." Maka diberilah ia seekor unta yang sedang bunting serta didoakan "Semoga Allah memberikan berkahNya kepadamu melalui unta ini."


Kemudian Malaikat mendatangi pula orang yang berkepala botak, dan bertanya kepadanya "Apakah sesuatu yang paling kamu inginkan?" ia menjawab, "Rambut yang indah, dan apa yang menjijikkan dikepalaku ini hilang." maka diusaplah kepalanya dan seketika penyakitnya pun hilang serta diberikannya rambut yang indah. Malaikat bertanya lagi, "Harta apakah yang paling kamu senangi?" lalu jawabnya, "Sapi atau unta." Lalu diberikanlah kepadanya seekor sapi yang sedang bunting serta didoakannya "Semoga Allah memberkahimu dengan sapi ini."


Setelah itu orang yang bermata buta pula didatangi Malaikat. Malaikat bertanya, "Apakah yang paling kamu inginkan?" Jawabnya "Semoga Allah berkenan mengembalikan penglihatanku sehingga aku dapat melihat orang", lalu diusaplah wajahnya, dan seketika itu Allah mengembalikan penglihatannya. Malaikat bertanya lagi "Harta apakah yang paling kamu senangi?" lalu jawabnya, "kambing" maka diberikan pula kepadanya seekor kambing bunting.


Lalu berkembangbiaklah unta, sapi dan kambing tersebut. Maka ketiga-tiga mereka tadi masing-masing kiniyang pertama memiliki satu lembah unta, satu lembah sapi dan satu lembah kambing.


Sabda Nabi SAW berikutnya,


Kemudian datanglah malaikat itu kepada orang yang sebelumnya menderita penyakit kusta, dengan menyerupai dirinya di saat ia masih dalam keadaan berpenyakit kusta dan berkata kepadanya, "Aku seorang miskin, telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) dalam perjalananku ini, sehingga tidak akan dapat meneruskan perjalananku hari ini kecuali dengan pertolongan Allah, dan kemudian dengan pertolongan anda. Demi Allah yang telah memberikan anda rupa yang tampan, kulit yang indah dan harta yang melimpah ini, aku meminta kepada anda seekor unta sahaja untuk bekal meneruskan perjalananku." Tetapi permintaan tersebut ditolak dan dijawab "Hak-hak (tanggungan)ku ini masih banyak." Kemudian malaikat tadi berkata kepadanya "sepertinya aku pernah mengenal anda, bukankah anda ini dahulunya orang yang menderita penyakit kusta? yang orang manapun memandang jijik kepada anda?anda juga seorang yang miskin dahulunya lalu Allah memberikan harta kekayaan kepada anda. Lalu dia menjawab pula "Harta kekayaan ini adalah warisan dari nenek moyangku yang mulia lagi terhormat." Kemudian Malaikat berkata " Jika anda berkata dusta, nescaya Allah akan mengembalikan anda kepada keadaan yang asalnya."


Kemudian Malaikat tadi mendatangi pula orang yang dahulunya kepala botak, dengan menyerupai dirinya disaat masih botak dan berkata kepadanya seperti yang diperkatakannya kepada orang yang berpenyakit kusta tadi. Seperti tadi orang botak juga menolaknya. Maka Malaikat juga berkata kepadanya " Jika anda berkata dusta, nescaya Allah akan mengembalikan anda kepada keadaan dahulu."


Kemudian Malaikat tadi mendatangi pula orang yang sebelumnya buta dan berkata kepadanya "Aku adalah orang yang miskin, yang kehabisan bekal dalam perjalanan, yang telah terputus segala jalan bagiku (untuk mencari rezeki) sehingga tidak dapat lagi aku meneruskan perjalananku kecuali dengan pertolongan Allah dan kemdian dengan pertolongan anda. Demi Allah yang telah mengembalikan penglihatan anda, aku minta seekor kambing sahaja untuk dijadikan bekal sepanjang perjalananku." Maka orang itu menjawab "Sungguh aku dahulunya buta, lalu Allah mengembalikan penglihatanku. Maka ambillah apa yang anda sukai dan tinggalkanlah apa yang anda tidak sukai. Demi Allah saya tidak akan mempersulitkan anda dengan mengembalikan sesuatu yang telah anda ambil kerana Allah. " Maka Malaikat tadi berkata, "Peganglah harta kekayaan anda, kerana sesungguhnya engkau ini hanya sedang diuji oleh Allah dan Allah telah redha dengan engkau serta murka kepada dua teman engkau tadi.


Pengajaran dari kisah ini: Sesungguhya segala ujian sama ada dalam bentuk kesenangan atau kesusahan datang hanyalah dari Allah bagi menguji tahap keimanan serta ketaqwaan kita kepadaNya. Maka sebagai manusia serta hamba haruslah kita sentiasa mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan, manakala segala kesusahan ambillah sebagai ujian demi memantapkan iman di dada. Bersangka baiklah kepada Allah kerana hanya Allah yang mengetahui segala hikmah yang terbaik buat hambaNya.


Wallahu'alam moga Allah redha..


 
Designed by Lena Graphics by Melany