Wednesday, January 19, 2011

*all about LOVE*


PANDANGAN ULAMA' TENTANG CINTA

#. Tidak benar orang yang mengaku telah mencintai Allah, tapi ia tidak menjaga batas-batas hukum Allah. (Yahya bin Muadz).
#. Hakikat cinta itu terwujud jika seorang hamba mampu melupakan bahagiannya dari Allah dan melupakan keperluan-keperluannya kepada Allah. (Abu Ya’kub as Susi).
#. Cinta itu menjauhi kesenangan dalam setiap keadaan. (An Nashr Abadzi).
#. Cinta itu berlebihan dalam kecenderungan tanpa berharap mendapatkan sesuatu (al Junaid)
#. Cinta itu suatu fitnah (ketidaktenangan) dalam hati sanubari. (al Junaid).
#. Cinta itu berawal dari tipuan dan berakhir dengan kematian. (Abu Ali Ad Daqaq).
# Setiap cinta mempunyai tujuan . Jika telah hilang tujuan itu, maka hilanglah cinta. ( Al Junaid).
# Cinta itu berasal dari keazalian dan menuju kepada Keabadian, serta tiada seorangpun dalam tujuh puluh ribu dunia ini yang mampu meminum setitis pun dari cinta itu hingga akhirnya menyatu di dalam-Nya. (Rabiah Adawiyah).
# Cinta adalah buhulnya iman, di mana orang tidak akan masuk tanpa cinta. Seorang hamba tidak akan sejahtera maupun selamat dari ancaman siksa Allah tanpa cinta.Maka hendaklah hamba itui berperilaku atas dasar cinta. (Ibnu Qayyim Al Jauziyah)
# Cinta kepada Allah itu laksana api apapun yang dilewatinya akan terbakar. Cinta kepada Allah itu laksana cahaya apapun yang dikenainya akan bersinar.Cinta kepada Allah itu langit apapun yang dibawahnya akan ditutupnya.
# Cinta kepada Allah itu laksana angin apapun yang ditiupnya akan digerakkannya.
Cinta kepada Allah itu laksana air dengannya Allah menghidupkan segalanya. Cinta kepada Allah itu laksana bumi dari situ Allah menumbuhkan segalanya.Kepada siapa yang mencintai Allah, Dia berikan kekuasaan dan kekayaan. (Imam Ali).
# Cinta itu ibarat pohon yang baik, akarnya teguh dan cabangnya menjulang ke langit. Buahnya menampakkan dirinya di hati, di lidah dan di anggota badan. Buah itu adalah ketaatan akan perintah Tuhan, dan kenangan terus menerus kepada kekasih yang memenuhi hati dan melimpah ke lidah. (Imam Ghazali).
# Cinta adalah tujuan puncak dari seluruh maqam spiritual dan Cinta menduduki derajat tertinggi. “(Allah) mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya.” (Al-Maidah : 54). (Imam Al-Ghazali).
# Agama itu cinta, cinta itu agama. (Imam Bagir)
# Malapetakan paling besar adalah bila engkau mencintai seseorang yang sedang mencintai orang lain. Atau jika engkau mengarap kebaikan seseorang , tapi justru orang itu berharap agar kita celaka binasa. (Imam Syafii).
# Engkau durhaka kepada Allah dan sekaligus menaruh cinta kepada-Nya. Ini adalah suatu kemustahilan. Apabila benar engkau mencintai-Nya, pastilah engkau taati semua perintah-Nya. Sesungguhnya orang menaruh cinta tentulah bersedia mentaati perintah orang yang dicintainya. (Imam Syafii).
# Di taman cinta yang indah mempesona, ibadah itu berubah menjadi keindahan dalam kehidupan yang membawa kesenangan, keriangan, dan kebahagiaan. Di bawah keteduhan naungan cinta, perintah ibadah tidak lagi menjadi beban yang harus dipikul , tetapi ia adalah suatu yang patut diterima dengan senang dan gembira. (Khalid Muhammad Khalid).
# Cinta adalah Sifat Tuhan, yang tidak memerlukan apapun, cinta pada selain-Nya adalah palsu.(Jalaluddin Rumi) .
# Orang yang asyik Cinta kepada Allah ialah orang yang membebaskan dirinya dari segala nafsunya, dan sebagai akibat daripada itu, dia hanya menyibukkan dirinya berzikir kepada Allah S.W.T. (Al-Junaid)
# Hati orang arif adalah mahligai cinta, dan hati pecinta adalah mahligai kerinduan, dan hati orang rindu adalah mahligai kedekatan. (Abu Nuiam Al Isfahani).

CINTA FITRAH MANUSIA

Islam menggariskan satu sistem yang syumul yang merangkumi seluruh aspek kehidupan. Oleh kerana Allah sendiri yang mencipta kita, Dia Maha mengetahui segala naluri dan fitrah kita. Kerana itulah Islam meraikan fitrah dan kehendak naluri manusia, dan salah satu daripadanya adalah cinta. Dari Muhammad Muhammad As-sharif, dari Universiti Al-Azhar dalam bukunya " Islah Al-Ummah A'lah Huda As-Sunnah" (islah @ reformasi ummah di atas cahaya sunnah) menyatakan bahawa telah difitrahkan yang seorang lelaki akan mempunyai perasaan terhadap perempuan, dan begitulah sebaliknya.

Islam menyediakan ruang untuk bercinta, iaitu percintaan untuk perkahwinan. Maknanya di sini Islam meletakkan cinta itu sebagai satu tanggungjawab, bukan satu permainan atau keseronokan semata mata. Jika benar benar mencintai seorang perempuan itu, seorang lelaki hendaklah menunaikan tanggungjawabnya, jika sudah bersedia maka ikatlah dengan ikatan yang sah, jika belum bersedia, banyak-banyaklah berdoa pada Allah dan jangan sekali kali melakukan perkara yang berlanggar dengan syara'yang boleh mencemarkan kesucian cinta sebagai satu fitrah. Justeru, bersamalah kita mengawal fitrah yang indah ini agar tidak terpesong ia menjadi fitnah, InsyaAllah. Hanya cinta Allah yang boleh memimpin kita meniti lembah sunyi menuju firdausi.


Cinta pada bunga, bunga akan layu
Cinta pada harta, harta akan habis diguna
Cinta pada manusia, manusia akan mati 
Sesungguhnya cinta Dia lah yang kekal abadi 

Rujukan : http://ukhwah.com/article.php?sid=2150

Thursday, January 13, 2011

Rasulullah Menangis di Padang Mahsyar

Sirah disebalik Nama

Nama saya Sayyidah Nafiisah bt Mansor,, menurut parent saya nama tersebut diambil dari nama seorang wali pada zaman sahabat iaitu Sayyidah Nafisah. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW, beliau juga merupakan seorang sufi, alim dan guru kpd Imam Syafi'e. Selain itu, dari segi bahasa arab pula perkataan sayyidah membawa maksud pemimpin atau gelaran bagi wanita (Sayyid/Syed bagi lelaki).

makam Sayyidah Nafisah di Mesir

Sayyidah Nafisah adalah puteri kepada Imam Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r.a. Beliau lahir pada 11 Rabiulawal 145H di Makkah dan membesar di Madinah. Beliau mempunyai peribadi yang mulia dan tinggi.

Alhamdulillah  saya bersyukur dikurniakan nama seindah ini, kata orang sebaris nama pun merupakan doa dan harapan si ibu dan ayah terhadap zuriat tersebut. Namun sesungguhnya tidak mungkin untuk saya mencapai tahap setinggi dan semulia itu kerana saya hanya seorang hamba biasa manakala beliau adalah insan yang terpilih.  

Teruskan pembacaan anda di sini ^-^
http://tamanulama.blogspot.com/
 
Designed by Lena Graphics by Melany