Saturday, February 5, 2011

Imam Dan 20 Sen | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Imam Dan 20 Sen | iluvislam.com + discover the beauty of islam

3 words : Very inspiring story. Kisah di atas menceritakan bagaimana pentingnya sifat jujur dalam diri kita waima seorang imam pun boleh timbul perasaan was was apatah lagi kita yang iman senipis kulit bawang. Alkisahnya, seorang imam dari Thailand menaiki bas menuju ke sebuah masjid di Malaysia. Pemandu bas tersebut sengaja memberi baki lebih 20 sen nilai sepatutnya untuk menguji keimanan imam tersebut. Dari sisi lain apa yang saya nampak sebenarnya Allah sedang menguji tahap keimanan imam tersebut dan dalam masa yang sama Allah juga ingin menguatkan lagi keyakinan si pemandu bas tersebut untuk menerima deenul Islam.

Ibrahnya dari kisah ini adalah kita seharusnya sedar bahawa setiap dari kita adalah umpama cermin kepada agama kita, baik pandangan yang kita lemparkan kepada mereka maka baiklah pandangan mereka terhadap  Islam, sebaliknya buruk pandangan yang kita berikan maka buruk jugalah pandangan mereka, na'uzubillahiminzalik. Sentiasalah menjaga adab dan perilaku kita di mana sahaja lebih-lebih lagi di tempat awam. Sekadar peringatan bersama ( for me in the fisrt place ).

Jadilah sebuah cermin yang paling indah buat agama kita. =)


Tuesday, February 1, 2011

 
Designed by Lena Graphics by Melany