Sunday, June 26, 2011

Jangan Pernah Putus Asa




Every time
You feel like you cannot go on
You feel so lost and that you're so alone
All you see is night
And darkness all around
You feel so helpless you can't see which way to go
Don't despair
And never lose hope
'Cause Allah is always by your side

Chorus:
Insha Allah
Insha Allah
Insha Allah
You'll find your way

Every time
You commit one more mistake
You feel you can't repent and that it's way too late
You're so confused
Wrong decisions you have made
Haunt your mind and your heart is full shame
But don't despair
And never lose hope
Coz Allah is always by your side

Chorus

Turn to Allah
He's never far away
Put your trust in Him
Raise your hands and pray
Ya Allah
Guide my steps, don't let me go astray
You're the only one who can show me the way
Show me the way
Show me the way
Show me the way

InshaAllah
InshaAllah
InshaAllah
We'll find the way

***Sabda Rasulullah sa.w;

إن من أشد الناس بلاء الأنبياء

Maksudnya; Sesungguhnya manusia yang paling berat menerima ujian ialah para Nabi.

***jika kita rasa berputus harap dan lemah ingatlah Allah selalu ada untuk kita, sesungguhnya Dia tak pernah jemu bersama kita, sebaliknya manusia lah yang selalunya tanpa sedar lupa akan kewujudanNya pada setiap saat bersama kita,,
Allah s.w.t melarang kita dari berputus asa. Allah menyatakan dengan jelas dalam Al-Quran bahawa sifat putus asa bukanlah sifat seorang Muslim. Seorang Muslim adalah seorang yang tidak mengenal erti putus asa dan sentiasa berusaha bersungguh-sungguh dalam apa jua perkara. Allah swt telah menjelaskan hal ini dalam menceritakan kisah Nabi Yaakub dan anak-anaknya:

يَا بَنِيَّ اذْهَبُوا فَتَحَسَّسُوا مِنْ يُوسُفَ وَأَخِيهِ وَلَا تَيْأَسُوا مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِنَّهُ لَا يَيْأَسُ مِنْ رَوْحِ اللَّهِ إِلَّا الْقَوْمُ الْكَافِرُونَ

Maksudnya; Wahai anak-anakku! Pergilah dan intiplah khabar berita mengenai Yusof dan saudaranya, Dan janganlah kamu putus asa dari rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak berputus asa dari Rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir”.Yusuf:87.

***Bahkan sehingga orang yang berdosa sekalipun tidak dibenarkan berputus asa sama sekali kerana keampunan Allah s.w.t itu sangat luas. Allah menjelaskan hal ini dalam sebuah ayat yang sugguh indah maknanya:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِينَ أَسْرَفُوا عَلَى أَنْفُسِهِمْ لَا تَقْنَطُوا مِنْ رَحْمَةِ اللَّهِ إِنَّ اللَّهَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ جَمِيعًا إِنَّهُ هُوَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Katakanlah (wahai Muhammad): “Wahai hamba-hambaku yang telah melampaui batas terhadap diri sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya dialah jua yang Maha Pengampun; lagi Maha Mengasihani”. Al-Zumar:39

Justeru, sahabatku jangan pernah berputus asa;

1. Kerana Allah sentiasa bersama dengan kita;

إِذْ يَقُولُ لِصَاحِبِهِ لَا تَحْزَنْ إِنَّ اللَّهَ مَعَنَا فَأَنْزَلَ اللَّهُ سَكِينَتَهُ عَلَيْهِ

Maksudnya; Tatkala Rasulullah berkata kepada sahabatnya ( Abu Bakar ) Janganlah kamu bersedih kerana Allah besama kita, lalu Allah s.w.t memberikan ketenangan kepadanya.

2. Kerana Allah hampir dengan kita dan mendengar rintihan hambanya serta gembira dengan hamba yang kembali kepadanya;

وَإِذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنِّي قَرِيبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إِذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِيبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونَ

Maksudnya;Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang aku, Maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, Maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.

3. Kerana Allah sayang kepada hamba-hambaya yang kembali kepadanya;

إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ التَّوَّابِينَ وَيُحِبُّ الْمُتَطَهِّرِينَ

Maksudnya; Sesungguhnya Allah sayang kepada orang-orang yang bertaubat dan menyucikan dirinya.

Wednesday, June 22, 2011

Imam Jalaluddin Al Suyuti RA

Assalamu'alaikum wbt, semoga pembaca sentiasa berada di bawah payung rahmatNya. Dalam post kali ini ingin saya berkongsi kisah mengenai seorang tokoh ulung yang dikenali sebagai Imam Al Suyuti. Pada beberapa hari lepas saya ada menonton sebuah rancangan tentang tokoh-tokoh Islam pada masa yang lalu. Pada hari tersebut tokoh yang diceritakan adalah Imam Al Suyuti.

Imam al-Suyuti : Penulis yang Produktif

Antara yang paling terkenal sangat gigih dan aktif menulis ialah Imam al-Hafiz Jalaluddin Abdurrahman al-Suyuti. Atau lebih masyhur dikalangan umat Islam dengan panggilan Imam Suyuti. Nama lengkapnya al-Hafiz Abdurrahman Ibn al-Kamal Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din Ibn al-Fakhr Uthman bin Nazhir al-Din al-Hamam al-Khudairi al-Suyuti.

Muncul pada akhir abad pertengahan, Imam Jalaluddin al-Suyuti adalah seorang yang sangat kuat kemahuan, teramat luas ilmunya dan paling banyak peninggalannya dalam bidang penulisan. Sebahagian besar karyanya masih ada sehingga ke hari ini. Oleh sebab itu Imam al-Suyuti termasuk seorang daripada penulis yang paling produktif yang pernah dikenali oleh dunia.

Dilahirkan pada 849 H ( 1445M) di Asyuth, satu wilayah di Mesir, Ulama' murabbi ini kematian ayah ketika berusia enam tahun. Takdir memilukan itu tidak menjadi alasan untuk tidak membina kejayaan. Dengan semangat cintakan ilmu yang berputik semenjak kanak-kanak lagi, perjalanan hidup tetap diteruskan.

Cinta dan minat yang luar biasa terhadap ilmu pengetahuan mencetus usaha dan kesungguhan untuk mendapatkannya. Dengan sokongan tambahan seperti hati yang cerah serta minda yang tajam dan kuat daya ingatan, usaha menuntut ilmu tidak terlalu sukar. Semasa berusia lapan tahun beliau sudah pun menghafaz al-Qur'an dengan hafazan yang baik dan sempurna.

Basyirah merupakan guru dapat melihat masa depan anak muridnya itu sangat gemilang; melatih pula Imam al-Suyuti menghafaz beberapa buah kitab yang popular pada masa itu. Antaranya seperti al-Umdah, Minhaj Fiqh, al-Usul dan al-Fiyah Ibn Malik. Sambil dalam kesempatan masa yang ada beliau mula menekuni pelbagai bidang ilmu.

Dalam usia belasan tahun ulama' murabbi ini sudah menguasai ilmu feqah, nahu, fara'id, tafsir dan usul. Ditambah lagi dengan ilmu bahasa dan ma'ani. Dari situ sedikit demi sedikit terbitlah bakat terpendam Imam al-Suyuti ( menyusun buku-buku ringkas tentang ilmu itu di samping terus meluaskan lagi cabang ilmu Hadith Nabi S.A.W.

Seperti Imam-Imam besar yang lain, Imam al-Suyuti tidak berasa puas menadah ilmu di satu tempat sahaja, meskipun daripada ramai tuan guru. Tradisi ahli ilmu yang suka merantau dari satu tempat ke satu tempat yang juga diamalkan oleh Imam al-Sayuti al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti. Malah jauhnya perantauan Imam al-Suyuti sudah sampai ke India dan Maghribi.

Imam al- Sayuti pernah berguru dengan Imam Ibn Hajar mengkaji kitab Sahih Muslim. Malah di mana diketahui ada orang alim, disitu ada Imam al-Sayuti. Beliau mengakui keseluruhan gurunya sekitar seratus lima puluh orang yang mengajar pelbagai jurusan ilmu pengetahuan. Begitu pun ulama' besar ini tetap mengatakan ilmunya tidak banyak.

Sedari beliau mula pandai mengajar, jumlah murid yang datang menadah ilmu dengannya terus bertambah. Maka pada usia hampir 40 tahun, Imam al-Sayuti mula gemar bersendiri. Minat dan kecenderungan lebih tertumpu kepada kerja penulisan. Bakat yang semasa remaja dahulu pernah diserlahkan, kini mahu dimanfaatkan sepenuhnya.

Imam Jalaluddin al-Suyuti bersungguh-sungguh perhatian dalam bidang penulisan. Lautan ilmu yang seakan melimpah-limpah di dalam dadanya cuba dicurahkan seluruhnya pada setiap lembaran kitab. Bukti ketekunan dan kesungguhan luar biasa ulama' ulung ini, beliau berjaya menghasilkan sekitar 300 judul kitab ( ada pendapat mengatakan 600) serta risalah-risalah kecil yang dikarangnya selama masa 22 tahun.

Tempoh 22 tahun itu adalah dihitung daripada Imam Jalaluddin al-Sayuti mula betul-betul aktif menulis sehinggalah ke hujung hayatnya. Semakin lama semakin asyik dengan kerja-kerja penulisannya, semakin kurang pulalah beliau keluar bertemu masyarakat. Imam al-Suyuti banyak bersendiri di dalam kamar khas di rumahnya yang dijadikan tempat beliau menulis, diberi nama Raudhah al-Miqyas. Di sinilah datangnya salam perkenalan malaikat maut bagi menjemput Imam besar itu menemui Allah. Melalui tangan kirinya yang menderita sakit dan lumpuh yang berlanjutan selama seminggu, itulah yang menjadi sebab musabbab Allah S.W.T menjemput insan mulia ini pulang mengadapNya dalam usia 60 tahun.

Kitab-kitab karangan Imam al-Suyuti

Disebutkan beberapa judul kitab Imam al-Suyuti yang masyhur, umpamanya berkaitan tentang hadith dan ilmu hadith:
1. Zhar ar-Rabbiy Ala Mutaba Li al-Nasa'i
2. Al-Hawalik ala Muwathta' Malik
3. Al-Jami' al-Shaghir wa Dzailuh
4. Marqat al-Shu'ud Syarh Sunan Abi Dawud
5. Tadrib al-Rawi bi Syarh dan,
6. Tawqib al-Nawawi.

Dan banyak lagi selain yang disebutkan.

Mengikut pembahagian yang dicatat oleh ahli-ahli sejarah :

Bidang Ilmu dan Jumlah Kitab;
* Ilmu Tafsir - 23
* Ilmu Hadith - 95
* Bahasa - 21
* Ilmu-ilmu Arab - 35
* Al-Bayan dan Tasawuf - 21
* Sejarah dan Sastera dll - 50 buah.

=> berikut adalah antara karya penulisan beliau:



Tuesday, June 21, 2011

Hari Yang 5




Para Ulama Tasawwuf membahagi hari kepada lima hari sahaja , bukan tujuh hari sepertimana yang kita sedia maklum, berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari.

Pertama : al-Yaumul-Mafqud ( hari yang telah lewat ) – saat yang telah berlalu, yangpergi dan tak kan kembali lagi. Disimpannya segala kerja, sikap dan fi’il perangai manusia , apakah ianya yang baik ataukah yang buruk . Dapatkah manusia menghitung dengan teliti, sudah berapakah ‘ al- yaumul-mafqud ‘ ini dilaluinya, bagaimana illustrasi kehidupan yang melekat pada dirinya ?

Kedua : al-Yaumul-Masyhud ( hari yang sekarang ini ) – apakah kita masih melihat matahari, menghirup udara ?. Apakah ia akan diisi dengan amalan-amalan baik, ataukah ianya hanya digunakan untuk enjoy bersuka ria , melepas selera dan bermanja-manja , padahal ia sentiasa berjalan.

Ketiga : al-Yaumul-Maurud ( hari esok ) – dimana manusia tidak mengetahui lagi, apakah hari esok itu memenuhi apa-apa yang diharapkan olehnya, masih dimiliki olehnya ? Siapakah yang menentukan bahawa ia masih akan hidup esok hari meski kesihatan terpelihara dengan baik , tetapi roh yang di dalam jasadnya tiada siapa yang menjamin.

Keempat : al-Yaumul-Mau‘ud ( hari terakhir hidup di dunia ) – sekiranya ia meninggal dunia hari Rabu umpamanya , itulah hari ‘ al-Yaumul-Mau’ud ‘ nya , yang ia tidak pernah mengetahui dan mengira-ngirakannya , tetapi ia pasti datang , sebab Ia Allah swt. Yang Maha Menentukan.

Kelima : al-Yaumul-Mamdud ( hari yang tiada akhirnya ) – berkepanjangan untuk selama-lamanya, iaitu hari akhirat yang semakin dekat menunggu kita. Inilah dia hari esok yang harus dibina pada hari ini , yang merupakan ruang dan peluang bagi kita, karunia hidup yang diberikan Allah swt. kepada kita , memanfaatkan ‘ al-Yaumul-Masyhud ‘ dengan sebaik-baiknya dalam arena amal ibadah dan perjuangan untuk Islam dan ummah Islam ke arah merealisasikan ‘ rahmatan lil-alamin ‘ .

Kata-kata bestari : “ Hari mendatang adalah lembaran hidup yang bersih , maka abadikanlah dia dengan bina upaya yang baik “.

Wallahu A’lam.

kIsAh sAhAbaT (Abbad b Basyir RA)




Pada suatu ketika di medan jihad, Nabi telah bertanya kepada para sahabatnya, siapakah yang bersedia untuk menjaga khemah beliau pada waktu malam. Dua orang sahabat telah bersetuju. Seorang bernama Ammar bin Yasir r.a dan seorang lagi bernama Abbad bin Basyir r.a. Pada malam itu mereka telah berkawal. Abbad telah mencadangkan kepada Ammar supaya mereka berkawal secara bergilir. Beliau akan menjaga pada sebahagian malam dan Ammar akan berkawal pada sebahagian malam lagi. Ammar telah bersetuju.

Maka Abbad telah berkawal. Sementara berkawal beliau telah mendirikan solat. Dalam solatnya itu, beliau telah membaca surah Al Kahfi. Seorang peninjau musuh telah melihat beliau sedang solat lalu melepaskan panah kepadanya. Satu anak panah telah kena pada badannya. Apabila melihat beliau masih tetap solat, maka musuh telah melepaskan panah yang kedua. Bagaimanapun, Abbad tetap juga solat. Musuh tersebut melepaskan panah yang ketiga, lalu Abbad memberhentikan solatnya. Apabila melihatkan keadaan itu dan terlihat Ammar yang berada di situ, maka pihak musuh menyangkakan masih ramai lagi tentera Islam yang berkawal di situ. Lalu musuh tersebut telah melarikan diri.

Dengan badan yang berlumuran darah, Abbad telah mengejutkan Ammar yang sedang tidur. Melihatkan badan sahabatnya yang berlumuran darah itu, Ammar begitu terkejut. Ammar bertanya mengapa beliau lambat membangunkannya. Dia menjawab, ketika itu beliau merasa sungguh nikmat dan malu dengan Allah untuk menghentikan solatnya. Tetapi apabila panah yang ketiga mengenai dirinya, beliau bimbang akan keselamatan Nabi saw, maka kerana itulah dia memberhentikan solatnya. Kalau tidak sudah pasti dia tidak akan menghentikan solatnya dan rela mati dalam keadaan demikian.

Lihatlah mutu solat para sahabat. Bagaimana pula dengan solat kita hari ini? Seekor nyamuk pun boleh merosakkan solat kita. Firman Allah yang bermaksud: "Dan neraka Waillah bagi orang yang lalai dalam solatnya." (Surah Al-Ma'un) Semoga Allah memberi kita kekuatan untuk mengamalkan apa yang kita tahu dan dapat menyampaikannya di antara satu sama lain.

Tafsir Mimpi yg Benar




Perkongsian:

baru pulang dr kuliah TG Haron Din.. beliau m'buka kuliah dgn satu pertanyaan. Adakah anda semua pernah b'mimpi melihat diri anda berbogel?..semua hadirin tersentak. TG meminta sape2 yg pernah b'mimpi mengangkat tangan. tiada seorang pun yg angkat. TG b'istighfar...TG menyambung dgn satu kisah...kisah itu diambil dari maja...lah arab. dalam majalah itu m'ceritak satu wawancara dgn Imam Masjidil Haram Sheikh Sudais...dlm wawancara itu, ada sesi soal jawab melalui telefon. satu panggilan diterima. Pemanggil itu b'tny soalan ttg tafsir mimpi. sheikh kata beliau tak pandai ilmu tafsir mimpi, tp hny sebahagian shj beliau tahu. pemanggil itu m'ceritakan mimpinya, dlm mimpinya dia melihat seorang lelaki sdg b'tawaf dlm keadaan bogel tanpa ada perasaan malu. Sheikh m'jwb masyaallah..masyaallah...sheikh kata tafsir mimpi ini saya tahu. sheikh kata 'org itu mendapat keampunan dari allah dan segala amalan dia diterima'. umpama anak yg baru dilahirkn tanpa sebarang dosa. Pemanggil itu b'tny: bolehkah saya menceritakan khabar baik ini kpd lelaki yg saya nampak beliau dalam mimpi saya?. sheikh kata: menjadi satu kewajipan anda memberi khabar gembira ini kepada lelaki itu. lantas pemanggil itu b'kata: lelaki itu adalah tuan Sheikh sendiri. Sheikh Sudais terkejut dan menangis2. sehingga prgm wawancara tersebut terpaksa dibatalkan

alangkah ruginya kita

dan alangkah untungnya manusia itu

mendapat keampunan dari allah dan segala amalan diterima

amalan kita termasuk perjuangan kita ini banyak bercampur dgn dosa, malas, banyak alasan dan macam2 lagi

original copy ~ Ustaz Wan Mohamad Rashadan (USIM)~
 
Designed by Lena Graphics by Melany