Tuesday, July 19, 2011

Didikan Ramadhan




Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!

KemualiaanMu ya Allah Tuhan Maha Terpuji,

Kemuliaan yang tidak mungkin sama sekali dapat diatasi,

Indahnya hidup ini kerana diawasi,



OlehMu ya Allah yang Maha Tinggi.

Ramadhan Engkau ya Allah hampir tiba kini,

Datang Membawa Keberkahan yang tidak terperi,

Panjangkan usiaku ya Allah ya Robbi,



Hingga ke titik akhir Ramadhan tahun ini.

Sebelum ini, Ramadhan datang dan Ramadhan pergi,

Membawa rahsia keikhlasan diri di sisi Ilahi,

Aku sedar dan aku menyesali,



Akan lemahnya diri dan iman ini disaat Ramadhan pergi.

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Memahami,

Diri ini amat rindukan Ramadhan di sisiMu Ilahi,

Aku azam dan aku tekad kini,



Untuk manfaatkan sebaiknya Ramadhan ini sebelum ia pergi.

Berikan kekuatan kepadaku ya Robbi,

Untuk mencintai Ramadhan seikhlas hati,

Persiapan dan persediaan iman perlu ditingkat lagi,



Agar tidak menyesal buat kesekian kali.

Ramadhan madrasah iman untuk para Da’ie

Tonik terbaik untuk muhasabah diri,

Renungkanlah kembali diri di sisi Ilahi,



Agar tidak menjadi Da’ie yang rugi.

Ya Allah ya Rahim, Tuhan Maha Perkasa dan Maha Kuasai

Dengan hadirnya Ramadhan yang mulia ini,

Jangan Engkau golongkan aku di kalangan Da’ie yang rugi,



Da’ie yang tidak mampu melawan hasutan kemewahan duniawi.

Berikanlah petunjukMu kepadaku ya Allah ya Robbi,

Agar dapat menguasai nafsu diri daripada merajai,

Dengan Keazaman dan jatidiri yang tinggi,



Untuk menjadi Da’ie yang diredhai,

Ramadhan oh Ramadhan jangan engkau pergi,

Tanpa meninggalkan diri ini dengan kesan tarbiyah Ilahi,

Aku tak rela lagi melepaskan peluang keemasan ini,



Kerana aku sedar nyawaku kepunyaan mutlak Ilahi.

Marilah sama-sama kita merenung kembali,

Sejauhmana keihklasan hati di hadapan Ilahi

Jangan sampai kematian menjemput nanti,



Ketika itu tiada lagi rayuan didengari.



Nukilan Dari :

Rosidi Shahari
Mantan Pengerusi PEMBINA Perak

Sumber : http://pembinaperak.net/

NoTa kAki= salam ramadhan almubarak buat semua sahabat dan sahabiah semua, semoga ramadhan kali ini lebih bermakna dan sama-samalah kita mengislahkan diri dan berusaha memantapkan iman dalam diri masing-masing sempena bulan yang mulia dan penuh barakah ini,(pesanan ini buat diri saya sendiri terlebih dahulu). Moga Allah redha kepada kita semua insyaAllah =)

Monday, July 4, 2011

Progresif 2011









Bismillahirrahmanirrahim,,
Assalamu'alaikum wbt alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi berpeluang menikmati nikmat iman, islam dan nikmat nyawa, alhamdulillah juga kerana telah diberi peluang mengikuti progresif (program gemerlap remaja siber) sebagai fasilitator. Sepanjang program alhamdulillah banyak perkara yang diperoleh melalui, antaranya ilmu-ilmu baru, pengalaman sbg fasilitator dan adik-adik baru khasnya adik-adik dari kumpulan 3(Firqah Salasah)-athirah(jln 4),Shasya,Tiefa,Sofiyyah,Shahidah,Wan,Izaty(samsmel), korang memang best!akak doakan adik-adik semua mumtaz(cemerlang) dalam pelajaran serta dalam hidup dunia dan akhirat insyaAllah.

Alhamdulillah semua slot dalam progresif banyak memberi kesan yang mendalam dalam jiwa saya terutamanya slot Forum Jirim (Membina Jati Diri Remaja Muslim Era Digital). Pengisiannya amat menarik, siapa sangka dalam masa sesingkat itu banyak ilmu bermanfaat yang saya peroleh dan seperti tajuknya yang dikhaskan untuk golongan remaja termasuk saya sendiri, forum tersebut amat memberi impak yang besar dalam diri saya, harapnya begitu juga yang dirasakan oleh semua peserta serta semua yang terlibat.

Di kesempatan ini saya sebagai fasi ingin memohon maaf kepada adik-adik dan semua yang terlibat dalam progresif sekiranya ada kekhilafan serta kekurangan ketika menjalankan tanggungjawab sebagai fasilitator. Sebagai hamba Allah yang kerdil dan masih hijau dalam pengalaman sebagai fasilitator saya juga tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

InsyaAllah sekiranya masih diberi peluang sekali lagi untuk bersama menjayakan program-program seperti ini saya tidak akan melepaskan peluang tersebut dan akan memperbaiki segala kekurangan yang ada pada diri saya.

Semoga Allah redha dengan setiap usaha kita dan moga tercatat sebagai salah satu ibadah di jalanNya. 'ala kulli hal sehingga berjumpa lagi di lain masa dan bertemu di syurga insyaAllah ^^,

 
Designed by Lena Graphics by Melany