Showing posts with label iLmU. Show all posts
Showing posts with label iLmU. Show all posts

Saturday, April 7, 2012

Sehelai Tudung Labuh

Kenapa pakai tudung labuh??

'Wanita bertudung labuh tak semestinya baik' mesti biasa dengar quote ni kan? cuba positifkan ayat tu 'wanita yang baik semestinya adalah yang menutup aurat dengan sempurna'. dah ada ayat yang positif kenapa nak jugak guna ayat yang negatif??

"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. " (An-Nur : 31)

The question is 'how labuh is labuh?'
Bagi saya soalan tu subjektif. depends kepada si pemakai asalkan dia faham erti menutup aurat dengan sempurna. aurat bagi wanita macam mana? seluruh tubuh kecuali muka dan tapak tangan, termasuk tak menampakkan bentuk tubuh dan tak jarang. tapi pendapat saya sebenarnya lagi labuh lagi baik. sebab??


1. Safety Precaution
Rasa terjaga. Cara Allah nak jaga wanita. kes rogol banyak berlaku kepada siapa?yes, kebanyakan mangsa rogol wanita berpakaian macam mana?cuba fikir kenapa mereka boleh jadi mangsa? kalau tanya lelaki, mana lagi mereka tertarik, yang kurang kain ke terlebih kain?kalau baju wanita tu saiz xl dengan xs, mana lagi mereka tertoleh laju 360 degree?
selain daripada kes jenayah, tudung labuh juga boleh jadi safety precaution in term of faktor bahaya lain, try baca ni - http://wanwma.com/agama/dilindungi-allah-setelah-bertudung-labuh/


2. Self Advisor
Selain daripada sahabat atau orang sekeliling, tudung pun boleh jadi penasihat kita. eh??macam pelik je tudung pun boleh bagi nasihat ke? yes! memang betul. cubalah pakai tudung labuh berani tak nak masuk disco?okay agak extreme contoh tu. pengalaman saya sendiri la, bila pakai tudung labuh ni, rasa macam malu je kalau rasa nak gelak kuat-kuat atau nak lari laju-laju kalau kat public, paling-paling pun kalau dah lambat sangat nak ke kelas, jalan la laju-laju.

habis tu ada je yang pakai tutup-tutup bagai tapi perangai lebih kurang je yang tak pakai tutup-tutup ni? tula jadinya bila tak faham tujuan sebenar Allah suruh tutup aurat dengan sempurna. teringat satu hadis ni, kalau rujuk susunan 40 Hadis Imam Nawawi, hadis pertama adalah berkenaan NIAT, menunjukkan betapa pentingnya niat. Innamal a'malu bi niyat.. Setiap perkara yang kamu ingin lakukan haruslah disertakan dengan niat..



عن عُمَرَ بْنِ الخَطَّاب رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ ا للهِ صلى الله عليه وسلم یَقُولُ: (( إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى فَمَنْ آَانَ تْ هِجْرَتُهُ إِلىَ اللهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلى اللهِ ورَسُولِهِ وَمَنْ آَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا یُصِيْبُهَا أَوِ امْرَأَ ةٍ یَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ)) . رواه إماما الحدثين أبو عبد الله محمد بن إسماعيل بن إبراهيم بن المغيرة بن بردزیة البخاري، وأبو الحسين مسلم بن الحجاج بن مسلم القشيري النيسابوري في صحيحيهما اللذین من أصح الكتب المصنفة.
Daripada ‘Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia kehendakinya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu menikahinya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
mungkin perangai yang kurang kena dengan imej tu disebabkan mereka kurang jelas peranan sebenar seorang muslimah. mungkin hanya terbawa-bawa dari peraturan sekolah dan dah terbiasa tanpa memahami matlamat sebenar yang perlu ditonjolkan. yang penting tanya pada diri sendiri apa tujuan pakai macam tu, kalau rasa tersasar tujuan cuba perbetulkan niat balik.
Same goes to yang pakai tudung and yang tak pakai tudung. tak boleh nak salahkan empunya diri juga, mungkin kurang kefahaman tentang aurat. jangan marah atau keji orang yang tak menutup aurat dengan sempurna melulu. kesian mereka, cuba kalau kita ada ditempat mereka. cuba lah perlahan-lahan nasihat, kalau tak mampu cuba tunjukkan akhlak yang terbaik kepada mereka supaya mereka tertarik. itu pun dikira satu usaha dan satu dakwah juga secara tak langsung. kita dah usaha selebihnya serahkan kepadaNya. Hidayah tu Allah yang bagi, mungkin lepas beberapa hari/bulan/tahun baru sampai hidayah tu. at least kita ada menyumbang dalam tak sedar. and yang penting jangan lupa sentiasa mendoakan mereka, siapa tak sayang sahabat kan. =)

3. Dapat Jaga Hak Kedua Belah Pihak
Siapa dua belah pihak tu?maksud saya, lelaki dan wanita. Masing2 ada hak. hak apa? Hak wanita untuk menjaga kehormatan diri dan dipandang baik. Mana kita nak, dipandang baik ke dipandang tak baik?? Juga dipandang mulia disisi Allah. Al-Ahzab, 59:

“Wahai Nabi, katakanlah kepada isteri-isteri dan anak-anak perempuan kamu serta kepada para isteri orang mukmin sekalian, hendaklah menghulurkan JILBAB mereka ke seluruh tubuh badan mereka kerana dengan itu mereka akan mudah dikenali (sebagai wanita mukminah(baik)) dan mereka selamat daripada gangguan. Dan sesungguhnya Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.

Hak bagi lelaki pulak? mereka berhak menjaga iman dan menghindari dosa. Kesian lelaki terpaksa berhadapan dengan ujian berat daripada wanita. Sesungguhnya wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki. Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Tidaklah aku tinggalkan selepasku akan fitnah bagi lelaki yang terlebih besar daripada fitnah wanita.”

Free-free je dapat dosa. Tapi yang lelaki pun takkan nak biar je kan, kalau ada adik/saudara perempuan yang perlu dinasihatkan, cubalah nasihat baik-baik. Jagalah pandangan. Bukan wanita je yang perlu jaga pandangan. lelaki lagilah extra2 perlu jaga pandangan sebab lelaki memang mudah tertarik dengan wanita

“katakanlah kepada orang laki-laki beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan pelihara kemaluannya. Yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka dan sesungguhnya Allah maha mengetahui apa yang mereka perbuat.’ Dan katakanlah kepada wanita yang beriman, hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.” (QS.An-Nuur [24]: 30-31).
haa, see Allah suruh lelaki dulu jaga pandangan baru wanita. even Rasulullah SAW pun sangat menjaga pandangan. Baginda sangat berhati-hati terhadap apa yang boleh dan dilarang dalam Islam, antaranya baginda amat menjaga pandangannya dari melihat wanita yang bukan mahramnya. seeloknya perbanyakkan berpuasa sunat terutama isnin dan khamis.

Ohh ya! ada lagi 1 hak penting yang belum saya sebut. Kita ni hak milik mutlak Allah. Tubuh badan kita Allah bagi pinjam je. Kalau kita pinjam buku lecturer, macam mana agaknya kita jaga ye?mesti jaga betul-betul kan, takut terkoyak ke terkena kotoran ke, tak ke haru kalau lecturer marah, nak-nak yang nak jaga hati lecturer sebab takut tak dapat score dalam exam. Samalah macam Badan kita, kenalah amanah. mestilah kena jaga plusXXX punya baik baru lah dapat score time akhirat nanti.

Banyak lagi sebenarnya faktor lain yang mainkan peranan. Next time bila-bila ada idea banyak lagi pasal tudung/aurat ni insyaAllah saya kongsi lagi.

Satu je saya nak HIGHLIGHT kat sini, cubalah ubah mindset. Jangan ingat semua wanita bertudung labuh ni sempurna sangat. Mereka pun manusia biasa. Terkadang ada jugak masanya tersalah laku. Jangan cepat menghukum seseorang lebih-lebih lagi kalau kurang mengenali peribadinya yang sebenar. Ilmu pun bukan sampai pangkat ustazah pun. Masih banyak lagi kekurangan diri. Ilmu akhirat pun masih ada lopong-lopong lagi, setakat yang basic insyaAllah boleh kongsi bersama. Saya pernah dengar orang cakap, wanita muslimah ni tidak semestinya yang paling sempurna, tetapi banyak dari mereka adalah yang masih lagi dalam proses memperbaiki diri. lebih kurang macam tu lah bunyinya. dan saya sangat setuju dengan penyataan tersebut.

Dan kepada wanita2 yang disayangi, ye betul, pakai tudung biasa pun boleh je tutup aurat. tapi kalau ada lagi yang terbaik kenapa nak yang biasa-biasa saja??tepuk dada tanyalah iman.

InsyaAllah sampai di sini sahaja, kepada semua follower maaf sangat-sangat sebab dah lama tak update blog ni, insyaAllah bila berkelapangan dan ada idea best, saya update lagi.

-baca yang ni pun best jugak =)

Friday, August 26, 2011

Pengalaman Beri'tikaf di MWPKL



MPWKL

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamu'alaikum salam bermujahadah di bulan tarbiyah buat sahabat wa sahabiah semua..

Awwalan, jom study roughly tentang i'tikaf ni.
I'tikaf dari segi bahasa bermaksud berdiam diri (tetap di atas sesuatu). Manakala dari sudut syari'ah agama pula bermaksud berdiam diri di masjid sebagai ibadah yang disunnahkan mengerjakan di setiap waktu dan diutamakan pada bulan suci Ramadhan, dan lebih dikhususkan pada sepuluh hari terakhir Ramadhan.

Dalam hal ini Rasulullah saw. bersabda :
عن ابن عمر رضي الله عنهما قال :كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يعتكف العشر الأواخر من رمضان ، متفق عليه .

" Dari Ibnu Umar ra. ia berkata, Rasulullah saw. biasa beri'tikaf pada sepuluh hari terakhir pada bulan Ramadhan." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

عن أبي هريرة رضى الله عنه قال كان النبي صلى الله عليه وسلم يعتكف في كل رمضان عشرة أيام فلما كان العام الذي قبض فيه اعتكف عشرين يوما ـ رواه البخاري.

" Dari Abu Hurairah R.A. ia berkata, Rasulullah SAW. biasa beri'tikaf pada tiap bulan Ramadhan sepuluh hari, dan tatkala pada tahun beliau meninggal dunia beliau telah beri'tikaf selama dua
puluh hari." (Hadis riwayat Bukhari)

Antara tujuan i'tikaf adalah :
1. Dalam rangka menghidupkan sunnah sebagai kebiasaan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. dalam rangka pencapaian ketakwaan hamba.

2. Sebagai salah satu bentuk penghormatan kita dalam menyambut bulan suci Ramadhan yang penuh berkah dan rahmat dari Allah swt.

3. Menunggu saat-saat yang baik untuk turunnya Lailatul Qadar yang nilainya sama dengan ibadah seribu bulan sebagaimana yang difirmankan oleh Allah dalam surat 97:3.

4. Membina rasa kesedaran imaniyah kepada Allah dan tawadhu' di hadapan-Nya, sebagai makhluk Allah yang lemah.

Antara hikmah i'tikaf pula adalah :
1. Mendidik jiwa lebih taat serta tunduk kepada Allah.

2. Seseorang yang tinggal di masjid lebih mudah untuk memerangi hawa nafsunya kerana masjid adalah tempat beribadah dan membersihkan jiwa.

3. Tempat dan masa yang baik untuk menjemput datangnya Lailatul Qadr.

4. I'tikaf adalah salah satu cara mengimarahkan masjid.

5. Salah satu cara menghormati bulan berkah.

Hopefully antum semua dah faham serba sedikit tentang i'tikaf. Sekarang saya ingin kongsikan pengalaman sendiri beri'tikaf di masjid.

Mulanya saya dapat pm (private message) dari seorang sahabat merangkap senior di msu, Fasihah namanya (I call her Kak Seha ^^). Kak Seha ajak saya beri'tikaf di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Memang dah lama saya bercita-cita nak beri'tikaf alhamdulillah akhirnya tercapai juga hasrat. Program I'tikaf ni anjuran kerjasama ISMA Shah Alam dan ISMA Gombak. ISMA stand for Ikatan Muslimin Malaysia. Tentatif programnya ringkas sahaja sebab fokus utama adalah I'TIKAF. Antara tentatifnya termasuklah qiamullail yang diimamkan oleh imam Sheikh Solah dari Mesir, kuliah subuh, kuliah dhuha dan slot Palestin bersempena dengan sambutan Hari AlQuds Sedunia anjuran ISMA-Aman Palestin.

Sebenarnya overall tentatifnya dan start program pukul berapa kami kurang pasti time tu sebab last minute baru tahu tapi tak kisah la, asalkan dapat pergi persiapan pun agak kelam kabut =p tapi alhamdulillah rasanya kelengkapan semuanya cukup ^^. Pada mulanya plan nak bertolak pagi sabtu naik public transport tapi dah ada orang nak tolong hantarkan naik kereta redah je la, sahabat tu plan nak pergi malam tu jugak after terawih so sebagai penumpang percuma terpaksalah redah jugak malam tu.

Banyak betul dugaan kami dalam perjalanan dan ketika beri'tikaf. Dugaan pertama seperti yang saya ceritakan di atas tadi tentang transport untuk ke MPWKL. Both of us don't own any car plus last minute punya planning. Kalau ikutkan macam tak akan kesampaian pun hasrat nak beri'tikaf sebab public transport agak banyak guna duit n agak bahaya sebab kami hanya berdua. Then kak Seha cakap ada seorang sahabat boleh tolong, destinasinya juga ke MPWKL, alhamdulillah sampai kami di sana dengan selamat =). Kami sampai dalam pukul 11 lebih, terawih di MPWKL baru sahaja selesai. Dalam hati sangat teruja sampaikan terlupa kami tiada kenalan di situ walaupun ramai jemaahnya. As kami tak kenal sesiapa pun kat situ so masing-masing contact kenalan ISMA yang lain. Alhamdulillah ramai yang membantu rupa-rupanya tak ramai ahli ISMA yang hadirkan diri sebab masing-masing beri'tikaf di masjid lain. Kami difahamkan kebanyakan ahli ISMA yang lain akan mula menghadirkan diri pada keesokan hari. Banyak NGO lain yang buat program i'tikaf di MPWKL antaranya IKRAM, CIMB, ETIQA dan lain-lain so tak lah risau sangat.

Keesokan harinya (sabtu - 21 Ramadhan) kami bangun pukul 3.15 mulanya ingatkan qiam start pukul 3.30 rupanya qiam start pukul 3 kami agak terlambat sedikit. Imamnya untuk malam 21 adalah Imam MPW sendiri kalau tak silap. Subhanallah syahdu sungguh bacaannya sangat tersentuh. Kami mulakan dengan solat sunat hajat 2 rakaat, solat sunat tahajud 2 rakaat, solat sunat tasbih dan diakhiri dengan sunat witir. Kemudian kami bersahur, sekali lagi kami diuji. Disebabkan program ISMA sepatutnya bermula esok so sahur kami tidak disediakan nasib baik kami bawa bekal sedikit. Malangnya saya hanya bawa wafer zip sebungkus dan Kak Seha hanya bawa satu 3 in 1 n satu cawan huhu. Habis satu masjid kami tawaf mencari water cooler/heater, lepas 15 minit jumpa lah satu mesin tapi malangnya tak berfungsi =.=' then tawaf lagi lastly alhamdulillah jumpa mesin air tin yang masuk duit tu (nasib baik berfungsi =p). NGO2 lain masing2 ada sediakan sahur untuk ahli masing2, MPW pun sebenarnya ada sediakan untuk jemaah tapi kami dah terkeliru yang mana satu masjid punya. So kami hanya bersahur ala kadar (biskut zip + air tin) tapi tetap bersyukur dengan rezeki kami, at least ada juga makanan sahur kalau nak dibandingkan dengan saudara-saudara kita di Palestin dan tempat-tempat lain. Then kami meneruskan solat subuh dan seusai solat ada kuliah subuh. Kemudian masing-masing melakukan rutin sendiri. Kebanyakannya bertadarus termasuklah kami.

Selepas zohor tandas muslimat rosak tersumbat (nasib baik dah siap mandi awal-awal pagi). Time tu dah jumpa akhawat ISMA yang lain, ada seorang akhawat dari UITM yang datang bersama ayah dan adik lelaki, menjadi teman kami sehingga ke akhir program namanya kak Sumayyah. Dalam pukul 3 lebih kak Sumayyah ajak kami pusing2 satu masjid tu sebab kak Sumayyah pun baru sampai. Sambil-sambil tawaf masjid buat kali yang kedua tu, kami cari tandas kat bahagian lain. Alhamdulillah jumpa (tapi) xdak ayak la plak =.= alang-alang asar dah nak masuk kami redah je tandas muslimin =p. Nasib baik time tu tandas kosong plus asar belum masuk, so kami ambil kesempatan tersebut untuk 'memonopoli sebentar' tandas muslimin =p Kami bergilir2 menjadi 'guard' sementara =p Kami plan nak cari lagi tandas muslimat kat bahagian lain lepas terawih sebab takkan lah nak monopoli tandas muslimin je terus kan.

Lepas asar, slot Palestin bermula di dewan serbaguna MPW. Slot ni pun salah satu sebab utama saya memilih untuk beri'tikaf di MPW. Program ini adalah program anjuran bersama ISMA dan Aman Palestin bersempena dengan Sambutan Hari AlQuds Sedunia ke 42 yang diraikan pada tanggal 21 Ogos setiap tahun. Tarikh ini dipilih sempena mengingati sejarah pembakaran Masjid al Aqsa yang berlaku pada 21 Ogos 1969. Tajuk slot ini adalah 'Almasjed Alaqsa Our Role and Responsibility' yang disampaikan oleh Dr. 'Ala (wakil Palestinian).

Seusai slot Palestin berakhir, kami berbuka bersama, menu yang disediakan adalah kurma, air kotak dan nasi arab, alhamdulillah rezeki kami. Terawih dan qiam malam ke 22 kami diimamkan oleh Imam Sheikh Solah dari Mesir. Qiam kali ini kami bangun awal (ambil iktibar =p). Lepas subuh kami teruskan tadarus. Kemudian kami pusing2 lagi melihat keindahan MPW sambil snap2 gambar kenangan (maaf yang ni tak boleh nak kongsi ya ^^) Jam 9.30 slot kuliah dhuha pula bermula. Slot kali ni juga mengenai AlQuds bertajuk 'Palestin-Baitul Maqdis-Aqsa -Tanggungjawab Kita' yang disampaikan oleh Dr. Roslan (pakar yang aktif mengkaji tentang BaitulMaqdis dari UM).

Slot Dhuha berakhir lebih kurang jam 11.30. Jam 12.00 kami bertolak pulang ke apartment kembali. Alhamdulillah sampai dengan selamat =)

Haa lupa pulak, sangat tak sangka dapat bertemu dengan ex-classmate time form 5 dulu ^^. Namanya Tahmida, Tahmida datang sebab sahabat dia time PASUM yang ajak ke MPW slot Gaza anjuran IKRAM. Sempat sembang sekejap je sebab masing-masing busy plus dia dah nak balik time tu, takpelah next time inshaAllah boleh jumpa lagi =)

Apa yang dapat saya rumuskan di sini, saya sangat gembira dan beryukur kerana tercapai hasrat untuk beri'tikaf. InshaAllah next time, jika masih diberi peluang untuk bertemu dengan Ramadhan yang seterusnya, saya ingin beri'tikaf lagi. Sahabat2 semua doakan ya, Semoga kita semua dapat bertemu lagi Ramadhan yang seterusnya =)

Monday, July 4, 2011

Progresif 2011









Bismillahirrahmanirrahim,,
Assalamu'alaikum wbt alhamdulillah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi berpeluang menikmati nikmat iman, islam dan nikmat nyawa, alhamdulillah juga kerana telah diberi peluang mengikuti progresif (program gemerlap remaja siber) sebagai fasilitator. Sepanjang program alhamdulillah banyak perkara yang diperoleh melalui, antaranya ilmu-ilmu baru, pengalaman sbg fasilitator dan adik-adik baru khasnya adik-adik dari kumpulan 3(Firqah Salasah)-athirah(jln 4),Shasya,Tiefa,Sofiyyah,Shahidah,Wan,Izaty(samsmel), korang memang best!akak doakan adik-adik semua mumtaz(cemerlang) dalam pelajaran serta dalam hidup dunia dan akhirat insyaAllah.

Alhamdulillah semua slot dalam progresif banyak memberi kesan yang mendalam dalam jiwa saya terutamanya slot Forum Jirim (Membina Jati Diri Remaja Muslim Era Digital). Pengisiannya amat menarik, siapa sangka dalam masa sesingkat itu banyak ilmu bermanfaat yang saya peroleh dan seperti tajuknya yang dikhaskan untuk golongan remaja termasuk saya sendiri, forum tersebut amat memberi impak yang besar dalam diri saya, harapnya begitu juga yang dirasakan oleh semua peserta serta semua yang terlibat.

Di kesempatan ini saya sebagai fasi ingin memohon maaf kepada adik-adik dan semua yang terlibat dalam progresif sekiranya ada kekhilafan serta kekurangan ketika menjalankan tanggungjawab sebagai fasilitator. Sebagai hamba Allah yang kerdil dan masih hijau dalam pengalaman sebagai fasilitator saya juga tidak pernah lari dari melakukan kesilapan.

InsyaAllah sekiranya masih diberi peluang sekali lagi untuk bersama menjayakan program-program seperti ini saya tidak akan melepaskan peluang tersebut dan akan memperbaiki segala kekurangan yang ada pada diri saya.

Semoga Allah redha dengan setiap usaha kita dan moga tercatat sebagai salah satu ibadah di jalanNya. 'ala kulli hal sehingga berjumpa lagi di lain masa dan bertemu di syurga insyaAllah ^^,

Tuesday, June 21, 2011

Hari Yang 5




Para Ulama Tasawwuf membahagi hari kepada lima hari sahaja , bukan tujuh hari sepertimana yang kita sedia maklum, berdasarkan peredaran bumi mengelilingi matahari.

Pertama : al-Yaumul-Mafqud ( hari yang telah lewat ) – saat yang telah berlalu, yangpergi dan tak kan kembali lagi. Disimpannya segala kerja, sikap dan fi’il perangai manusia , apakah ianya yang baik ataukah yang buruk . Dapatkah manusia menghitung dengan teliti, sudah berapakah ‘ al- yaumul-mafqud ‘ ini dilaluinya, bagaimana illustrasi kehidupan yang melekat pada dirinya ?

Kedua : al-Yaumul-Masyhud ( hari yang sekarang ini ) – apakah kita masih melihat matahari, menghirup udara ?. Apakah ia akan diisi dengan amalan-amalan baik, ataukah ianya hanya digunakan untuk enjoy bersuka ria , melepas selera dan bermanja-manja , padahal ia sentiasa berjalan.

Ketiga : al-Yaumul-Maurud ( hari esok ) – dimana manusia tidak mengetahui lagi, apakah hari esok itu memenuhi apa-apa yang diharapkan olehnya, masih dimiliki olehnya ? Siapakah yang menentukan bahawa ia masih akan hidup esok hari meski kesihatan terpelihara dengan baik , tetapi roh yang di dalam jasadnya tiada siapa yang menjamin.

Keempat : al-Yaumul-Mau‘ud ( hari terakhir hidup di dunia ) – sekiranya ia meninggal dunia hari Rabu umpamanya , itulah hari ‘ al-Yaumul-Mau’ud ‘ nya , yang ia tidak pernah mengetahui dan mengira-ngirakannya , tetapi ia pasti datang , sebab Ia Allah swt. Yang Maha Menentukan.

Kelima : al-Yaumul-Mamdud ( hari yang tiada akhirnya ) – berkepanjangan untuk selama-lamanya, iaitu hari akhirat yang semakin dekat menunggu kita. Inilah dia hari esok yang harus dibina pada hari ini , yang merupakan ruang dan peluang bagi kita, karunia hidup yang diberikan Allah swt. kepada kita , memanfaatkan ‘ al-Yaumul-Masyhud ‘ dengan sebaik-baiknya dalam arena amal ibadah dan perjuangan untuk Islam dan ummah Islam ke arah merealisasikan ‘ rahmatan lil-alamin ‘ .

Kata-kata bestari : “ Hari mendatang adalah lembaran hidup yang bersih , maka abadikanlah dia dengan bina upaya yang baik “.

Wallahu A’lam.

Monday, May 16, 2011

10 PERKARA drpd IMAM GHAZALI

Imam Ghazali r.a telah menggariskan kepada kita sepuluh perkara yg menyebabkan syaitan bermaharajalela di lubuk hati kita….

1. Marah dan Syahwat
2. Hasad Dengki dan Tamakkan Dunia
3. Kekenyangan Akibat Makan Terlalu Banyak
4. Terlalu Menghias Diri
5. Keinginan Mengampu
6. Harta dan Wang Ringgit
7. Lokek dan Takut Miskin
8. Terlalu Fanatik,Taasub dan Berdendam
9. Terlalu Memikirkan Tentang Zat dan Sifat Allah SWT Tanpa Ilmu Pengetahuan dan Diluar Batas Akal Fikiran Manusia
10. Sangka Buruk Sesama Kaum Muslimin

13 WASIAT RASULULLAH S.A.W KEPADA SAIDINA ALI



IBNU ABBAS meriwayatkan, Ali Abu Talib berkata: Pada hari perkahwinan dengan Fatimah, Rasulullah saw bersabda kepadaku, dengan menyatakan 13 wasiat khusus untukku:



1) Wahai Ali, takutilah engkau daripada memasuki tempat mandi (hammam) tanpa memakai kain separas pinggang. Barang siapa memasuki tempat mandi tanpa kain separas pinggang, maka dia mendapat laknat (mal'un).



2) Wahai Ali, janganlah engkau memakai cincin di jari telunjuk dan di jari tengah. Sesungguhnya, itu adalah apa yang dilakukan oleh kaum Lut.



3) Wahai Ali, sesungguhnya Allah mengagumi hamba-Nya yang melafazkan istighfar: Rabighfirli fainnahu la yaghfirul-zunuba illa Anta (Tuhanku, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampunkan dosa melainkan Engkau). Allah lalu berfirman, bermaksud : Hai malaikatKu, sesungguhnya hambaKu ini mengetahui tiada yang mengampunkan dosa, melainkan Aku. Hai malaikatKu, jadilah saksi, bahawasanya, Aku mengampuni dia.



4) Wahai Ali, takutilah engkau daripada berdusta. Bahawasanya, berdusta

itu menghitamkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai kazzab (pendusta). Dan bahawasanya, benar itu memutihkan muka dan disuratkan oleh Allah sebagai sadiq. Ketahuilah engkau, bahawasanya benar itu berkat dan dusta itu celaka.



5) Wahai Ali, peliharalah diri engkau daripada mengumpat dan mengadu-domba. Bahawasanya, orang berbuat demikian itu, diwajibkan ke atasnya seksaan kubur dan menjadi penghalang kepadanya di pintu syurga.



6) Wahai Ali, janganlah engkau bersumpah dengan nama Allah, sama ada dusta atau benar, kecuali dalam keadaan darurat, dan janganlah menjadikan Allah permainan sumpah engkau. Sesungguhnya, Allah tidak menyucikan dan tidak mengasihani orang yang bersumpah dusta dengan nama-Nya.



7) Wahai Ali, janganlah engkau mencita-citakan rezeki untuk hari esok. Bahawasanya, Allah mendatangkan rezeki engkau setiap hari.



8) Wahai Ali, takutilah engkau daripada berbantah-bantah dan berkelahi dengan maki-hamun dan sumpah-seranah. Bahawasanya, perbuatan itu pada awalnya jahil dan pada akhirnya penyesalan.



9) Wahai Ali, sentiasalah engkau bersugi dan mencungkil gigi. Bahawasanya, bersugi itu menyucikan mulut, mencerahkan mata dan diredai Allah, manakala mencungkil gigi itu dikasihi malaikat kerana malaikat tidak senang dengan bau mulut kerana sisa-sisa makanan di celah gigi, tidak dicungkil selepas makan.



10) Wahai Ali, janganlah engkau melayani rasa marah. Apabila timbul rasa marah, duduklah engkau dan fikirkanlah mengenai kekuasaan dan kesabaran Allah ke atas hamba-Nya. Pertahankan diri engkau daripada dikuasai kemarahan dan kembalilah engkau kepada kesabaran.



11) Wahai Ali, perhitungkanlah kurniaan Allah yang engkau nafkahkan untuk diri engkau dan keluarga engkau, nescaya engkau beroleh peruntukan daripada Allah.



12) Wahai Ali, apa yang engkau benci pada diri engkau, maka engkau bencikan juga pada diri saudara engkau dan apa yang engkau kasih pada diri engkau, maka engkau kasihkan juga pada diri saudara engkau, yakni engkau hendaklah berlaku adil dalam memberi hukuman. Dengan itu, engkau dikasihi seluruh isi langit dan bumi.



13) Wahai Ali, perbaikkanlah perhubungan di antara penduduk (jiran) sekampung dan antara ahli rumah engkau. Hiduplah dengan mereka sekaliannya dengan rasa persahabatan dan kekeluargaan, nescaya disuratkan darjat yang tinggi bagi engkau.

Manusia Sebagai Khalifah



QS:2:30 Dan Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi".

MANUSIA = KHALIFAH

KHALIFAH = PENTADBIR

MANUSIA = MAN + USIA --------------------- (1)

USIA = UMUR = AGE ---------------------- (2)

GANTIKAN (2) DALAM (1)

MANUSIA = MAN + AGE

MANUSIA = MANAGE

MANAGE = URUS = TADBIR

MANUSIA = TADBIR

Mereka berkata: "Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan menyucikan Engkau?" Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui"

Orang Gagah Mampu Mengawal Marah



Imam al-Bukhari (no.6116) meriwayatkan bahawa Abu Hurairah menceritakan kisah seorang lelaki yang meminta nasihat daripada Rasulullah SAW, Baginda lalu menjawab: "Jangan marah." Lelaki tersebut mengulangi soalannya, Rasulullah menjawab: "Jangan marah." Soalan itu diulang lagi beberapa kali, namun Baginda tetap mengulangi jawapan yang sama.

Dalam riwayat Imam al-Tirmizi (no.1943), lelaki itu berkata: "Ya RAsulullah, berilah nasihat kepadaku dan jangan pula terlalu banyak, moga aku senang memahaminya." Lantas Baginda SAW menjawab: "Jangan marah."

Menurut Sheikh Sa'id Hawa dalam kitab al-Mukhtaslas fi Tazkiyyah al-Anfus, tiada manusia boleh terlepas daripada marah. Rasulullah SAW sendiri pernah marah, bahkan Allah juga turut murka dalam situasi tertentu. Oleh sebab itu, kita mesti memahami bahawa ada marah yang dibenarkan oleh Islam dan ada juga marah yang dilarang.

Marah semata-mata kerana nafsu yang mendorong kepada tindakan-tindakan yang dilarang oleh syarak seperti memaki hamun, mencederakan, menyakiti, khianat dan sebagainya adalah marah yang dicela oleh agama. Ia sudah pasti membawa kesan buruk yang berpanjangan. Adapun perasaan marah yang timbul apabila melihat agama diperlekeh, aqidah dipermainkan, syariat diejek serta ajaran-ajaran Rasulullah SAW dihina, maka marah itu adalah tanda kekuatan iman dan sangat dipuji dalam agama.

MARAH: PINTU MASUK SYAITAN,,AWAS!!

Ketika membicarakan berkenaan pintu-pintu yang digunakan oleh syaitan untuk masuk dan menguasai hati manusia, Imam al-Ghazali menyenaraikan marah sebagai pintu pertama. Tindakan-tindakan yang lahir daripada keadaan marah yang tidak terkawal meninggalkan kesan yang sangat besar dalam kehidupan seseorang. Lihatlah orang yang mempunyai resmi panas baran, adakah dia disenangi oleh orang sekelilingnya? Bahkan mungkin tidak ramai yang ingin berkawan dengannya.

Majikan yang selalu memarahi pekerjanya mungkin ditaati secara luaran sahaja, tetapi kebencian tersemat di lubuk hati para pekerja. Anak-anak mungkin diam apabila sering dimarahi, namun perasaan marah atau dendam terhadap ibu bapa mula berputik. Dan pelbagai situasi lagi yang dialami oleh manusia menunjukkan betapa relevannya nasihat Rasulullah SAW yang diulangi berkali-kali, iaitu "Jangan marah".

BAGAIMANA MENJADI ORANG YANG GAGAH?

Rasulullah SAW pernah bersabda dalam sepotong hadis riwayat al-Bukhari (no.6114) dan Muslim (no.2609) yang bermaksud: "Tidaklah seseorang itu dikira kuat dan gagah apabila ia menang bergusti, tetapi seseorang dianggap benar-benar kuat dan gagah apabila ia mampu mengawal dirinya ketika marah." Jadi, kita perlulah berusaha untuk menjadi kuat dengan melawan dan mengawal perasaan marah apabila ia menjelma.

Syeikh Ibn Uthaimin menyebut dalam Syarh Riyad al-Salihin dengan membuat kesimpulan daripada beberapa buah hadis yang berkaitan dengan marah di mana beliau menyatakan bahawa apabila seseorang itu marah, maka ia hendaklah menyebut: "a'uzubillahiminasyaitanirrajim" dan kemudiannya berwudhuk. Sekiranya sedang berdiri, maka hendaklah ia duduk dan sekiranya sedang duduk, dia hendaklah berbaring. Sekiranya dibimbangi masih tidak dapat mengawalnya, maka dia perlu beredar dari tempat atau orang yang dimarahinya itu.

Dalam kitab Fath al-Bari pula, al-Hafiz Ibn Hajar menukilkan pandangan Imam al-Tufi yang menyatakan bahawa cara yang paling berkesan untuk mengawal perasaan marah adalah dengan menghadirkan tauhid yang hakiki dalam hati bahawa setiap perkara yang berlaku itu adalah ketentuan Allah SWT dan setiap orang yang melakukan sesuatu adalah pelaksana terhadap ketentuan tersebut.

Sekian, Wallahu'alam ^^,

Sunday, May 15, 2011

TIDAK MASUK NERAKA ORANG YANG MENANGIS KERANA TAKUT KEPADA ALLAH S.W.T. .



Rasulullah S.A.W telah bersabda, “Bahwa TIDAK akan masuk neraka orang menangis karena TAKUT kepada Allah seperti susahnya air susu kembali ke tempat asalnya.”

Dalam sebuah kitab Daqa’iqul Akhbar menerangkan bahwa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka.

Maka salah satu daripada bulu-bulu matanya berkata, “Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, Barang siapa yang menangis karena takut kepada Allah S.W.T, maka Allah mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu.”

Akhirnya Allah S.W.T mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai bulu yang pernah menangis karena takut kepada Allah S.W.T. Malaikat Jibril A.S mengumumkan, telah selamatlah ia sebab sehelai bulu.”

Thursday, January 13, 2011

Sirah disebalik Nama

Nama saya Sayyidah Nafiisah bt Mansor,, menurut parent saya nama tersebut diambil dari nama seorang wali pada zaman sahabat iaitu Sayyidah Nafisah. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW, beliau juga merupakan seorang sufi, alim dan guru kpd Imam Syafi'e. Selain itu, dari segi bahasa arab pula perkataan sayyidah membawa maksud pemimpin atau gelaran bagi wanita (Sayyid/Syed bagi lelaki).

makam Sayyidah Nafisah di Mesir

Sayyidah Nafisah adalah puteri kepada Imam Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r.a. Beliau lahir pada 11 Rabiulawal 145H di Makkah dan membesar di Madinah. Beliau mempunyai peribadi yang mulia dan tinggi.

Alhamdulillah  saya bersyukur dikurniakan nama seindah ini, kata orang sebaris nama pun merupakan doa dan harapan si ibu dan ayah terhadap zuriat tersebut. Namun sesungguhnya tidak mungkin untuk saya mencapai tahap setinggi dan semulia itu kerana saya hanya seorang hamba biasa manakala beliau adalah insan yang terpilih.  

Teruskan pembacaan anda di sini ^-^
http://tamanulama.blogspot.com/
 
Designed by Lena Graphics by Melany