Showing posts with label TokOh2 IsLaM. Show all posts
Showing posts with label TokOh2 IsLaM. Show all posts

Monday, September 5, 2011

Kita Macam Mana? Refleksi Diri


Tokoh-Tokoh Ilmuan Islam
Ahmad bin Hambal
Berjalan sejauh 30 000 batu untuk mencari hadis dan menghafal sejuta atsar dan mewariskan 40 000 hadis dalam musnad.
Jabir Bin Abdullah
Sanggup menempuh perjalanan selama sebulan ke Mesir semata-mata mencari satu hadis.
Ibn Musayyid
Pergi ke suatu tempat selama tiga hari untuk mencari jawapan kepada suatu permasalahan.
Imam al-Ghazali
Telah menghafal al-Quran pada usia enam (6) tahun dan menjadi ulama besar yang mengajar ulama seluruh negara pada usia sembilan (9) tahun.
Ibn Sina
Menulis kitabnya dalam satu hari 25 halaman.
Ibn Taimiyyah
Dapat mengarang 30 jilid kitab Majmu' Fatawa di dalam penjara.
Ilmu mereka samapi sekarang dikaji, digunakan dan dibaca sebagai panduan sehinggalah ke hari ini.
Lihatlah contoh anak-anak muda zaman lampau, mereka gigih mencari dan menyebarkan ilmu.. Insya-Allah usaha mereka akan terus mendapat ganjaran pahala sehingga ke hari ini walaupun mereka sudah lama pergi meninggalkan kita di sini.
Banyak lagi kisah-kisah kesusahan yang membawa kejayaan dari ilmuan-ilmuan Islam dahulu. Carilah dan bacalah untuk motivasi diri anda sendiri...
Penulis (Dr. 'Aid Abdullah al-Qarni) buku ini juga kalau tak silap saya, berjaya menulis buku LA TAHZAN (Jangan Bersedih) semasa di dalam penjara.
Bukunya dibaca dan diulas oleh berjuta-juta manusia di dunia ini sekarang. Pahalanya insya-Allah akan terus mengalir padanya semasa dia masih hidup dan sudah pasti buku ini akan terus dibaca walaupun selepas beliau pergi.
Tidak Mahukah Kamu Menjadi Seperti Mereka di Atas Wahai Anak Muda? Walaupun Tidak Sehebat Mereka, Sekurang-Kurangnya Berusahalah Ke Arah Itu.
~Refleksi Diri~

Wednesday, June 22, 2011

Imam Jalaluddin Al Suyuti RA

Assalamu'alaikum wbt, semoga pembaca sentiasa berada di bawah payung rahmatNya. Dalam post kali ini ingin saya berkongsi kisah mengenai seorang tokoh ulung yang dikenali sebagai Imam Al Suyuti. Pada beberapa hari lepas saya ada menonton sebuah rancangan tentang tokoh-tokoh Islam pada masa yang lalu. Pada hari tersebut tokoh yang diceritakan adalah Imam Al Suyuti.

Imam al-Suyuti : Penulis yang Produktif

Antara yang paling terkenal sangat gigih dan aktif menulis ialah Imam al-Hafiz Jalaluddin Abdurrahman al-Suyuti. Atau lebih masyhur dikalangan umat Islam dengan panggilan Imam Suyuti. Nama lengkapnya al-Hafiz Abdurrahman Ibn al-Kamal Abi Bakr bin Muhammad bin Sabiq al-Din Ibn al-Fakhr Uthman bin Nazhir al-Din al-Hamam al-Khudairi al-Suyuti.

Muncul pada akhir abad pertengahan, Imam Jalaluddin al-Suyuti adalah seorang yang sangat kuat kemahuan, teramat luas ilmunya dan paling banyak peninggalannya dalam bidang penulisan. Sebahagian besar karyanya masih ada sehingga ke hari ini. Oleh sebab itu Imam al-Suyuti termasuk seorang daripada penulis yang paling produktif yang pernah dikenali oleh dunia.

Dilahirkan pada 849 H ( 1445M) di Asyuth, satu wilayah di Mesir, Ulama' murabbi ini kematian ayah ketika berusia enam tahun. Takdir memilukan itu tidak menjadi alasan untuk tidak membina kejayaan. Dengan semangat cintakan ilmu yang berputik semenjak kanak-kanak lagi, perjalanan hidup tetap diteruskan.

Cinta dan minat yang luar biasa terhadap ilmu pengetahuan mencetus usaha dan kesungguhan untuk mendapatkannya. Dengan sokongan tambahan seperti hati yang cerah serta minda yang tajam dan kuat daya ingatan, usaha menuntut ilmu tidak terlalu sukar. Semasa berusia lapan tahun beliau sudah pun menghafaz al-Qur'an dengan hafazan yang baik dan sempurna.

Basyirah merupakan guru dapat melihat masa depan anak muridnya itu sangat gemilang; melatih pula Imam al-Suyuti menghafaz beberapa buah kitab yang popular pada masa itu. Antaranya seperti al-Umdah, Minhaj Fiqh, al-Usul dan al-Fiyah Ibn Malik. Sambil dalam kesempatan masa yang ada beliau mula menekuni pelbagai bidang ilmu.

Dalam usia belasan tahun ulama' murabbi ini sudah menguasai ilmu feqah, nahu, fara'id, tafsir dan usul. Ditambah lagi dengan ilmu bahasa dan ma'ani. Dari situ sedikit demi sedikit terbitlah bakat terpendam Imam al-Suyuti ( menyusun buku-buku ringkas tentang ilmu itu di samping terus meluaskan lagi cabang ilmu Hadith Nabi S.A.W.

Seperti Imam-Imam besar yang lain, Imam al-Suyuti tidak berasa puas menadah ilmu di satu tempat sahaja, meskipun daripada ramai tuan guru. Tradisi ahli ilmu yang suka merantau dari satu tempat ke satu tempat yang juga diamalkan oleh Imam al-Sayuti al-Hafiz Jalaluddin al-Suyuti. Malah jauhnya perantauan Imam al-Suyuti sudah sampai ke India dan Maghribi.

Imam al- Sayuti pernah berguru dengan Imam Ibn Hajar mengkaji kitab Sahih Muslim. Malah di mana diketahui ada orang alim, disitu ada Imam al-Sayuti. Beliau mengakui keseluruhan gurunya sekitar seratus lima puluh orang yang mengajar pelbagai jurusan ilmu pengetahuan. Begitu pun ulama' besar ini tetap mengatakan ilmunya tidak banyak.

Sedari beliau mula pandai mengajar, jumlah murid yang datang menadah ilmu dengannya terus bertambah. Maka pada usia hampir 40 tahun, Imam al-Sayuti mula gemar bersendiri. Minat dan kecenderungan lebih tertumpu kepada kerja penulisan. Bakat yang semasa remaja dahulu pernah diserlahkan, kini mahu dimanfaatkan sepenuhnya.

Imam Jalaluddin al-Suyuti bersungguh-sungguh perhatian dalam bidang penulisan. Lautan ilmu yang seakan melimpah-limpah di dalam dadanya cuba dicurahkan seluruhnya pada setiap lembaran kitab. Bukti ketekunan dan kesungguhan luar biasa ulama' ulung ini, beliau berjaya menghasilkan sekitar 300 judul kitab ( ada pendapat mengatakan 600) serta risalah-risalah kecil yang dikarangnya selama masa 22 tahun.

Tempoh 22 tahun itu adalah dihitung daripada Imam Jalaluddin al-Sayuti mula betul-betul aktif menulis sehinggalah ke hujung hayatnya. Semakin lama semakin asyik dengan kerja-kerja penulisannya, semakin kurang pulalah beliau keluar bertemu masyarakat. Imam al-Suyuti banyak bersendiri di dalam kamar khas di rumahnya yang dijadikan tempat beliau menulis, diberi nama Raudhah al-Miqyas. Di sinilah datangnya salam perkenalan malaikat maut bagi menjemput Imam besar itu menemui Allah. Melalui tangan kirinya yang menderita sakit dan lumpuh yang berlanjutan selama seminggu, itulah yang menjadi sebab musabbab Allah S.W.T menjemput insan mulia ini pulang mengadapNya dalam usia 60 tahun.

Kitab-kitab karangan Imam al-Suyuti

Disebutkan beberapa judul kitab Imam al-Suyuti yang masyhur, umpamanya berkaitan tentang hadith dan ilmu hadith:
1. Zhar ar-Rabbiy Ala Mutaba Li al-Nasa'i
2. Al-Hawalik ala Muwathta' Malik
3. Al-Jami' al-Shaghir wa Dzailuh
4. Marqat al-Shu'ud Syarh Sunan Abi Dawud
5. Tadrib al-Rawi bi Syarh dan,
6. Tawqib al-Nawawi.

Dan banyak lagi selain yang disebutkan.

Mengikut pembahagian yang dicatat oleh ahli-ahli sejarah :

Bidang Ilmu dan Jumlah Kitab;
* Ilmu Tafsir - 23
* Ilmu Hadith - 95
* Bahasa - 21
* Ilmu-ilmu Arab - 35
* Al-Bayan dan Tasawuf - 21
* Sejarah dan Sastera dll - 50 buah.

=> berikut adalah antara karya penulisan beliau:



Monday, May 16, 2011

kisah Abu Sufyan yang menentang Rasulullah SAW selama 20 Tahun dan Akhirnya menjadi Seorang Hamba yang begitu Tawadhuk



Pemuda pemudi Islam,

Sebagai manusia kita tidak pernah terlepas dari melakukan kesalahan dan dosa. Namun ianya tidak boleh menjadikan alas an kepada kita untuk tidak berpatah balik kepada Jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Justeru mari kita menjadi hamba yang bersyukur. Allah SWT telah mengurniakan kepada kita nikmat Islam dan nikmat Iman. Dengan kedua nikmat terbesar inilah kita membesar menjadi muslim rabbani. Sekeras manapun hati kita, sebesar manapun dosa kita, kembalilah semula kepada fitrahmu, menjadi hamba yang bersyukur. Firman Allah SWT:

“Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa..” (Ali Imran: 133)

“Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).” (Ali Imran: 135)



Kepada pembaca(termasuk saya), bersyukurlah kerana dalam diri anda masih ada iman, sehingga ia menggerakkan diri anda untuk kembali kepada Allah SWT. Janganlah berputus asa dengan rahmat dan keampunannya. Bersegeralah berlari kepadaNya…

“Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai hambaKu yang sudah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dialah juga yang maha pengampun, lagi maha mengasihani.” (az-Zumar, ayat 53)

Mari kita menelusuri jalan panjang kisah seorang sahabat Rasulullah SAW yang pernah menentang dakwah Rasulullah SAW hampir 20 tahun. Ya! 20 tahun beliau bermusuhan dengan Rasulullah SAW! Tidak ada satu jenis siksaan ke atas orang Islam melainkan dilakukan dan dikenakan. Sedangkan beliau adalah sepupu Rasulullah SAW. Sahabat rapat Rasulullah SAW sebelum kenabian Baginda. Beliau adalah Abu Sufyan al-Harits.

Apakah masih ada harapan untuk manusia yang bernama Abu Sufyan ini menerima cahaya setelah bergelumang dan bermaharajalela dalam kegelapan? Sesungguhnya pintu hidayah Allah SWT ada di mana-mana. Beliau akhirnya diberikan hidayah oleh Allah SWT untuk merasai nikman Iman dan nikmat Islam. Merasai berada dalam cahaya kebenaran. Walaupun pada peringkat awal kemasukan beliau tidak diraikan oleh Rasulullah SAW sendiri, namun beliau tidak pernah putus asa membuktikan kecintaan dan kebenaran beliau menyertai pasukan kebenaran.

Ketika peranag Hunain, Rasulullah SAW telah keluar bersama ribuan para sahabatnya untuk berhadapan dengan tentera musuh. Abu Sufyan juga turut serta dalam peperangan tersebut. Bezanya kali ini berada bersama dalam pasukan Rasulullah SAW. Tatkala melihat gerombolan tentera musyirikin yang ramai, Abu Sufyan berkata:

“Demi Allah hari ini saya akan menghapuskan kesalahan saya yang lalu kerana memusuhi Rasulullah SAW. Nabi pasti akan melihat hayunan kilauan pedang saya yang dapat meraih keredhaan Allah dan keredhaan Baginda.”

“Saya ingin mati syahid di sisi Rasulullah SAW. Satu saat saya segera mengambil kedudukan saya di sebelah Baginda SAW. Tangan kanan saya menghunus pedang mempertahankan Baginda SAW. Sementara tangan kiri memegang tunggangan Rasulullah SAW.”

“Rasulullah melihat kepahlawanan saya lalu bertanya kepada al-Abbas: “Siapa lelaki ini?”

“Ini saudara sepupumu, Abu Sufyan bin al-Harits. Maafkanlah dia wahai Rasulullah,” jawab al-Abbas.

“Saya telah maafkan. Semoga Allah mengampunkan semua permusuhannya terhadapku,” jawab Rasulullah SAW.

“Hati saya bagaikan terbang kegirangan lantaran Rasulullah SAW telah meneriman dan memaafkankan saya. Saya segera mengucup kaki Baginda yang sedang berada di atas tunggangan.”

“Rasulullah SAW berpaling ke arah saya dan bersabda: “Wahai saudaraku, demi umurku, ayuh mara dan bertarunglah!”

“Kata-kata Baginda SAW tersebut membakar semangat semangat saya. Saya mara menyerang musuh sehingga kedudukan mereka goyah dan mundur.”

Demikianlah usaha beliau, beliau kini dimuliakan oleh Rasulullah SAW. Namun Abu Sufyan tidak pernah sekali-kali mengangkat mukanya kepada Baginda SAW. Beliau juga tidak mampu menatap wajah Baginda lantaran malu dan segan kerana tindakannya yang lampau terhadap Baginda SAW.

Pemuda pemudi Islam…

Belajarlah dari serah para sahabat, bagaimana mereka kembali menjadi hamba kepada Allah SWT setelah bergelumang dalam kegelapan. Abu Sufyan yang lebih 20 tahun pernah menentang Rasulullah SAW terus dihimpit penyesalan terhadap detik-detik hitam yang telah beliau lalui ketika jahiliah. Lantas beliau siang malam asyik membaca al Quran. Beliau cuba memahami hokum-hukum dan mengecapi peringatan al Quran.

Abu Sufyan menghambakan diri kepada Allah SWT. Hinggakan suatu hari RAsulullah SAW melihat beliau masuk ke masjid, lalu Baginda bertanya kepada Aisyah RA: “Adakah kamu kenal siapa lelaki ini wahai Aisyah?”

“Tidak.” Jawab Aisyah.

“Beliau adalah sepupu saya, Abu Sufyan bin al-Harits. Ketahuilah, beliaulah orang pertama yang masuk ke masjid dan orang yang terakhir keluar dari masjid. Pandangan matanya tidak pernah renggang daripada memandang tali sandalnya (dia sentiasa dalam keadaan tunduk tawadhuk).

Subhanallah, indahnya tatkala cahaya Iman meresapi dalam dirinya. Ianya mampu mengubah sang manusia menjadi hamba yang sebenar. Ayuh, mari kita proses hati kita dengan keimanan, agar setiap saat dan detik, kita sentiasa kembali menjadi hamba. Mari kita menjadi hamba Allah SWT. Berubahlah dari sekarang!

sumber : Langit Ilahi

Thursday, April 21, 2011

Sang Murabbi

Salam perjuangan wahai da'i-da'i sekalian, semoga segala perlakuan kita sentiasa tetap di jalanNya. Kali ini saya ingin berkongsi satu kisah menarik mengenai seorang yang boleh diibaratkan seperti sebuah mutiara Islam. Cerita ini berkenaan perjalanan dakwah seorang murabbi yakni guru. Terdapat 12 part/bahagian kesemuanya. InsyaAllah pelbagai manfaat dan hikmah yang dapat kita peroleh dan dapat jadikan tauladan. Sama-samalah kita mengambil sedikit ibrah daripada kisah menarik ini.

Ingatlah, setiap dari kita adalah da'i.

Thursday, January 13, 2011

Sirah disebalik Nama

Nama saya Sayyidah Nafiisah bt Mansor,, menurut parent saya nama tersebut diambil dari nama seorang wali pada zaman sahabat iaitu Sayyidah Nafisah. Beliau adalah keturunan Rasulullah SAW, beliau juga merupakan seorang sufi, alim dan guru kpd Imam Syafi'e. Selain itu, dari segi bahasa arab pula perkataan sayyidah membawa maksud pemimpin atau gelaran bagi wanita (Sayyid/Syed bagi lelaki).

makam Sayyidah Nafisah di Mesir

Sayyidah Nafisah adalah puteri kepada Imam Hasan al-Anwar bin Zaid al-Ablaj bin Imam Hasan bin Imam Ali r.a. Beliau lahir pada 11 Rabiulawal 145H di Makkah dan membesar di Madinah. Beliau mempunyai peribadi yang mulia dan tinggi.

Alhamdulillah  saya bersyukur dikurniakan nama seindah ini, kata orang sebaris nama pun merupakan doa dan harapan si ibu dan ayah terhadap zuriat tersebut. Namun sesungguhnya tidak mungkin untuk saya mencapai tahap setinggi dan semulia itu kerana saya hanya seorang hamba biasa manakala beliau adalah insan yang terpilih.  

Teruskan pembacaan anda di sini ^-^
http://tamanulama.blogspot.com/
 
Designed by Lena Graphics by Melany